Langkah bantu pulih ekonomi peniaga dengan segera

Iklan
Langkah bantu pulih ekonomi peniaga dengan segera

MENURUT penguatkuasaan kajian yang dijalankan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), PKP telah menggalakkan banyak industri untuk memanfaatkan teknologi dengan lebih cepat bagi memastikan kemampanan perniagaan.

Dalam kajian mengenai impak Covid-19 ke atas produktiviti, MPC berkata, data yang dikumpul turut mendapati perniagaan memerlukan tempoh enam bulan untuk pulih selepas krisis Covid-19 yang melanda negara.

Iklan
Iklan

Dalam kenyataan hari ini, Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), Datuk Abdul Latif Abu Seman berkata, telah mengambil beberapa langkah untuk mempercepat pemulihan ekonomi dan membantu pemain industri membina semula perniagaan.

Antara inisiatif penting yang diambil dan sedang berjalan ialah seperti :

Iklan

  • Program membina kapasiti dan keupayaan melalui webinar dan latihan dalam talian.
  • Iklan

  • Perkhidmatan khidmat nasihat maya perniagaan dan mengkaji peraturan untuk mengurangkan beban yang tidak perlu dalam membina semula perniagaan.

"Usaha masih dijalankan untuk mempercepat dan menjadi pemangkin kepada pemulihan ekonomi dan pertumbuhan produktiviti berikutan aktiviti perniagaan mula meningkat semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)," katanya.

Selain itu, kepelbagaian teknologi dalam talian hari ini dilihat mampu memudahkan kehidupan dan begitu praktikal apabila segala maklumat mudah diperoleh dengan hanya mengakses internet melalui telefon bimbit sahaja.

Kemudahan itu telah dimanfaatkan warganet sepanjang tempoh PKP dilaksanakan. Bekerja dari rumah dalam tempoh PKP juga turut menggunakan sepenuhnya teknologi dalam talian termasuk mengadakan sesi mesyuarat melalui sidang video, menggunakan kaedah e-mel bagi menggantikan penghantaran surat untuk perkara-perkara penting, menggunakan kemudahan aplikasi semasa seperti WhatsApp, Facebook, Telegram, Zoom dan lain-lain saluran media sosial.

Pastinya itu adalah satu perubahan yang sangat positif walaupun beberapa negara maju telah mempraktikkan kaedah tersebut. Tapi, kita masih belum terlambat!

Selain itu, walaupun teknologi pantas kini semakin diterima oleh ramai pihak, ibu bapa perlu membimbing anak-anak untuk memanfaatkan teknologi dalam talian sebaiknya dengan sentiasa memantau, membantu serta bersama-sama mencari informasi atau video yang bermanfaat untuk ditonton dan dipelajari di rumah.

Awasilah anak-anak yang ‘bermain’ telefon bimbit agar mereka tidak terlalu leka dan menyalahgunakan teknologi ini.

Perlu diingat, teknologi secanggih mana sekalipun jika tidak dipantau pasti mampu mengundah padah.