Tanggungjawab menantu terhadap mentua, ini yang wanita perlu tahu

Iklan
Tinggal dengan mertua

TANGGUNGJAWAB merupakan tugas besar seseorang individu terhadap sesuatu beban atau tugas.

Semua sedia maklum, setiap manusia mempunyai tanggungjawab masing-masing terhadap diri, keluarga dan kehidupan.

Iklan
Iklan

Antara tanggungjawab yang besar kepada seorang anak adalah ibu dan bapa. Pun begitu, dalam perihal tanggungjawab kepada ibu bapa mentua pula bagaimana?

Baca juga Beruntung! Wanita diceraikan suami, layanan mentua kekal seperti menantu buat ramai tersentuh

Iklan

Tanggungjawab menantu

Iklan

Hormatilah ibu bapa mentua sebagaimana kita menghormati kedua orang tua kita.

"Ketaatan tidak sepatutnya dituruti dalam perkara yang mengingkari perintah ALLAH," katanya.

Ia sebagaimana yang dinyatakan dalam hadis Rasulullah SAW:"Tidak ada ketaatan terhadap manusia dalam urusan maksiat kepada ALLAH, ketaatan hanya pada perkara yang maaruf”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Memang tidak dinafikan bahawa ibu bapa mentua ada hak terhadap menantu, namun hak tersebut tidak boleh disamakan dengan hak ibu bapa kandung terutama bab yang berkaitan dengan nafkah dan hutang piutang, terang beliau.

"Malah, jika ibu bapa kandung sendiri mengarahkan anaknya menanggung hutang adik-beradiknya, maka si anak tidak wajib menuruti perintah ibu bapanya itu.

Baca juga Betul ke menantu jadi kalut bila masak depan mertua?

"Ini kerana hutang adik-beradik bukan tanggungjawabnya dan ibu bapa kandung tiada hak untuk menentukan tanggungjawab nafkahnya.

"Hanya ALLAH dan rasul-NYA sahaja yang berhak menentukan. Jika ibu bapa kandung tiada hak sebegini apatah lagi ibu bapa mertua, ia tidak sewajarnya berlaku," jelas beliau.

Semoga jawapan ini dapat meleraikan kekusutan kita dalam perihal batasan tanggungjawab menantu terhadap mentua.

Sumber: Facebook Syed Shahridzan Ben-Agil, Sinar Islam Plus

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.