Promosi filem aksi Sakra, Donnie Yen datang Malaysia Januari ini

Iklan
DONNIE YEN - FILEM EPIK SAKRA

PELAKON terkenal Hong Kong, Donnie Yen bakal berkunjung ke Malaysia untuk bertemu para peminatnya pada 13 dan 14 Januari tahun hadapan.

Kehadiran Donnie yang cukup sinonim degan watak Tuan Guru IP Man itu adalah bersempena rangka promosi filem aksi terbaharu lakonannya, Sakra.

Iklan
Iklan

Peminat berpeluang menemui Donnie secara dekat di beberapa lokasi pertemuan dan tayangan perdana Sakra, setelah kali terakhir aktor popular itu datang ke Malaysia sekitar 2019 bagi mempormosikan filem blokbuster Ip Man 4: The Finale.

Menerusi filem aksi epik terbaharu itu, Donnie menggalas tugas besar sebagai penerbit, pengarah dan pelakon dalam masa sama.

Iklan

Sakra menyaksikan kolaborasi hebat Donnie bersama satu pasukan produksi yang yang mengumpulkan mereka yang pernah memenangi pelbagai anugerah berprestij termasuk pelakon wanita terbaik, sinematografi terbaik, penyunting terbaik, pereka set dan pereka pakaian terbaik, serta pasukan aksi lagak ngeri terbaik.

Filem edaran Lotus Five Star dengan rakan pemasaran Infinity Entertainment Marketing itu akan menemui penonton pawagam pada 16 Januari dengan tayangan awal bermula pada 14 dan 15 Januari tahun hadapan.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.