Nikah ketika PKPB lebih mudah, ringkas dan menjimatkan kos

Iklan
Nikah ketika PKPB lebih mudah, ringkas dan menjimatkan kos

TIGA beradik antara 17 pasangan yang selamat bernikah hari ini, dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada satu majlis ringkas yang diadakan di Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu.

Pasangan adik beradik itu ialah Amiera Solehah Mohd Nasir, 23, Mohamad Hafiz, 26, dan Mohamad Helmi, 29, yang dinikahkan dengan pasangan masing-masing iaitu Nor Azam Ishak, 26, Nurul Rashidah Mohd Nasir, 27, dan Nurul Hafizah Fauzi, 23.

Iklan
Iklan

Pasangan itu dinikahkan sendiri wali masing-masing di hadapan Pegawai Agama Daerah Kubang Pasu Syeikh Ahmad Muzammil Yub.

Sementara itu, Muhammad Hanafi Rusmadi, 28, dan pasangannya yang merupakan guru tuisyen, Siti Rahayu Omar, 28, dinikahkan Syeikh Ahmad Muzammil.

Iklan

Bercakap kepada pemberita selepas akad nikah itu, Amiera Solehah berkata, beliau bersama dua abangnya bersyukur majlis akad nikah mereka berjalan lancar, meskipun dalam keadaan sederhana dan ringkas.

Iklan

Amiera Solehah berkata, majlis kenduri selepas akad nikah itu belum ditetapkan lagi, dengan mereka sekeluarga bergantung kepada keadaan untuk menentukan tarikh bersesuaian bagi membuat majlis itu.

Dalam pada itu, Muhammad Hanafi berkata, beliau berpendapat bahawa melangsungkan pernikahan ketika PKPB ini ia lebih mudah, ringkas, dan menjimatkan kos.

Muhammad Hanafi berkata, tarikh asal beliau dan Siti Rahayu sepatutnya bernikah adalah pada 1 Jun lepas, namun pihak pejabat agama daerah menetapkan tarikh akad nikah hari ini.

Sementara itu Syeikh Ahmad Muzammil berkata, hampir 100 pasangan telah dinikahkan pihaknya sepanjang tempoh PKP dan PKPB ini dengan satu lagi majlis akad nikah di pejabat agama berkenaan pada 9 Jun ini.

BERNAMA