Keadaan kesihatan Nad Zainal bertambah baik, tidak lagi ditempatkan di ICU

Iklan
nad zainal - icu

KEADAAN kesihatan pelakon Nad Zainal yang masih dirawat di sebuah pusat perubatan di Ampang akibat paru-paru berdarah sejak hampir sebulan lalu, kini bertambah baik apabila tidak lagi ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Perkembangan tersebut dikongsi penerbit dan pengarah Shahrulezad Mohameddin yang meluahkan rasa syukur dengan situasi terkini heroin drama Cina Buta itu.

Iklan
Iklan

"Untuk pengetahuan semua keadaan Nad (Nad Zainal) tersangatlah baik. Dia bukan lagi di ICU dan tidak lagi ditidurkan.

"Nad sudah sedar, boleh berbual dan bergelak ketawa. Malah Nad juga boleh berjalan pergi ke tandas sendirian walaupun kami berpesan jangan, sebab paru-parunya masih belum kuat.

Iklan

"Dia juga masih perlu berehat panjang demi kekuatan paru-paru akibat luka masa pendarahan tempoh hari,” ujarnya menerusi satu hantaran di Instagram.

Dalam pada itu, Shahrulezad juga menjelaskan dia memilih untuk tidak terlalu berkongsi tentang perkembangan terkini Nad atau nama sebenarnya, Farah Nadia Zainal Abidin, 32, kerana menghormati dan mahu menjaga perasaan ibu bapa pelakon itu.

Iklan

"Saya tidak berkongsi perkembangan terkini Nad kepada umum kerana kasihan kepada ibu bapanya dan mengutamakan kesihatan Nad.

"Saya perasan setiap kali berkongsi perkembangan Nad, pasti wujud rantaian berita bukan-bukan dan menyakitkan hati kami terutama orang tuanya.

"Nad anak tunggal, jadi bila berita yang bukan-bukan bersepah sana-sini, bayangkan macam mana perasaan ibu bapanya berdepan fitnah,” katanya yang turut berterima kasih kepada mereka yang mendoakan kesihatan Nad.

Terdahulu pada 22 November, Nad dilaporkan dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) akibat paru-paru berdarah dan perlu ditidurkan untuk memudahkan proses rawatan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.