PELAKON Vanidah Imran baru-baru ini meraih perhatian warga maya selepas satu videonya yang dimuat naik dalam medium TikTok menjadi viral.
Pelakon Wanita Terbaik menerusi Festival Filem Malaysia ke-20 pada tahun 2007 itu dilihat cuba meniru cara pemakaian anak perempuannya, Maryam Rashika.
Video berdurasi 19 saat itu memaparkan Vanidah sedang melakukan trend yang tengah viral ketika ini iaitu ‘Turning My Mom Into Me’.
Maryam turut menulis tanda pagar #turningmymomintome #coolmom dalam kapsyen tersebut.
Menerusi rakaman berkenaan, remaja tersebut telah meminta Vanidah membuat trend tersebut yang memerlukan para ibu berpakaian seperti anak mereka.
Selebriti yang juga kini berkhidmat sebagai seorang pensyarah di sebuah universiti itu mahu mengenakan dua busana untuk digayakan.
Gelagat bersahaja Vanidah yang selamba menyarung pakaian dan mengikut fesyen yang sering digayakan oleh anaknya itu membuatkan ramai kagum.
Bahkan, warga maya memuji sikap sporting pelakon filem Akhirat itu selain menyifatkan Maryam bertuah dikurniakan ibu secantik Vanidah.
Berikut SinarPlus kongsikan antara reaksi pelayar internet:
"Tak pernah tua ibu kamu. Sangat cantik."
"Vanida Imran ni bila nya tak cantik? Tak pernah!."
"Awet muda betul. Cantik sangat."
"Vanida Imran perempuan Melayu terakhir."
"Tolong tanyakan ibu kamu tip kekal muda."
Untuk rekod, Vanidah pernah berkahwin dengan pelakon, Rashidi Ishak sebelum mereka bercerai pada Ogos 2018.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Maryam dan Mikail Aimran.
Vanidah kemudiannya mendirikan rumah tangga bersama Arifabillah Idris pada 7 Julai 2022.
Sumber: @h1ghpr1estess1
Layari portal SinarPlus, sinarplus.sinarharian.com.my untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.