Hasil ilham dan bantuan anak-anak, rumah kampung Che Gayah mendapat sentuhan kontemporari

Iklan
20221230_115741_0000

Hasil ilham dan bantuan anak-anak, rumah kampung Che Gaya mendapat sentuhan kontemporari.

SELERA setiap orang berbeza-beza. Sesetengah daripada kita gemarkan dekorasi kediaman yang tampak mewah. Namun, lebih ramai yang suka bersederhana.

Iklan
Iklan

Kebanyakannya sepakat berkata, pendekatan sebegitu lebih baik terutama kepada mereka yang memiliki jumlah isi rumah yang ramai.

Baca lagi 'Rajinnya, mesti dah biasa tengok omma kemas rumah.' Gelagat comel Rina lap lantai bikin ramai terhibur

Iklan

 

Iklan

Apabila mahligai yang didiami menepati cita rasa, barulah kita rasa selesa dan hati akan lebih tenang. Benar, bukan?

Pandangan itu dipersetujui oleh Che Gayah Bakar, 65, yang menghuni sebuah kediaman kampung yang terletak di Gua Musang, Kelantan.

Ya, dari luaran, nampak seperti rumah kampung biasa, namun ‘inti‘ dalamannya sangat elegan kerana susun letak yang begitu tersusun cantik dan kemas.

Kepada SinarPlus, Che Gayah berkata, setiap sudut di dalam teratak beliau sebenarnya mendapat sentuhan anak-anaknya yang diketuai oleh Mohamad Firdaus Zanudin, 28.

"Rumah saya jenis dua tingkat. Kami menggunakan kayu yang berkualiti di ruang atas dan digabungkan dengan batu di bahagian bawah. Bukannya 100 peratus daripada kayu-kayan," katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Menurut warga emas itu lagi, anaknya Mohamad Firdaus memilih konsep suai padan untuk kelengkapan perabot. Ia kemudian diseimbangkan dengan pilihan warna dan diatur dengan sistematik agar tidak nampak terlalu serabut.

"Kalau mahu diikutkan, tidak banyak perubahan yang dilakukan memandangkan tempat kami berteduh ini ialah rumah lama milik keluarga," ujarnya.

Baca ni Pernah diperlekeh bina rumah terapung hadapi banjir, kini anak bangga usaha ayah berhasil. Inspirasi!

Bagi mencipta karakter ruangan kediaman kampung agar nampak lebih moden sedikit, keluarga itu sebulat suara memilih rona putih di keseluruhan ruangan di bahagian atas.

Mereka sememangnya memahami bahawa warna sedemikian akan memberi impak yang lebih cerah dan luas.

"Pun begitu, saya tetap menyuntik warna lain seperti biru gelap untuk dinding bilik bagi menimbulkan suasana nyaman dan sedap mata memandang," katanya.

Masih menggunakan konsep tikar getah untuk lantai, namun Che Gayah dan anak beliau bijak bereksperimentasi.

Mereka menggunakan kertas dinding dengan desain jalur memanjang dan melintang serta geometri bagi memberi ekspresi yang lebih kontemporari.

Beralih kepada penggunaan langsir, Che Gayah lebih senang dengan corak polos. Ternyata percaturan itu nampak tepat kerana helaian langsir 'bersatu' dengan perabot dan hiasan di mahligainya.

Paling menangkap mata penulis ialah set kerusi jenis rotan yang ‘disirami‘ dengan rona putih dan hamparan permaidani hijau yang membangkitkan lagi elemen kedesaan.

Dalam pada itu, Mohamad Firdaus berkata, bagi ‘menyemarakkan‘ lagi suasana indah di rumahnya, komponen bunga-bungaan plastik dan semula jadi diterapkan.

"Secara peribadi, saya menyifatkan tanaman di dalam rumah mampu memberi percikan kemodenan dalam sesebuah kediaman. Hijau juga warna yang cukup menyenangkan dan menyejukkan mata memandangkan. Ia membantu menghidupkan ruang tampil lebih rapi," katanya.

Ditanya adakah serangan anai-anai menjadi satu isu besar lantaran kediaman jenis kayu biasanya akan terjebak dengan permasalahan itu, Mohd Firdaus mengakui hakikat tersebut.

"Susah sebenarnya nak menjaga rumah sebegini, lebih-lebih lagi jenis yang berkayu. Sebelum ini, ibu bapa saya terpaksa tukar semua papan lama dan ganti dengan yang baharu. Ya, betul memang susah nak elak isu anai-anai ini," katanya.

Baca ni  Gelagat Jebat Jayden kemas rumah sambil buat dialog tentang semut, lalat bikin warga maya terhibur. Lucu betul!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.