Tidak lagi sendiri, Fatin Afeefa kembali bergelar isteri

Iklan
FATIN AFEEFA

PELAKON cantik, Fatin Afeefa menamatkan spekulasi hubungannya dengan seorang jutawan dikenali sebagai Aliff Awang atau nama sebenanrya Aliff Farhan.

Fatin atau nama sebenarnya Fatin Nurafifah Shamsudin, 28, selamat bergelar isteri kepada Aliff dengan sekali lafaz pada jam 8.40 malam di Putra Glass Hall, Subang Jaya, pada Jumaat.

Iklan
Iklan

Berita perkahwinan Fatin mula tular di media sosial selepas jurusolek terkenal, Datuk Alha Alfa berkongsi foto selebriti itu yang sudah lengkap berpakaian pengantin serba putih dan berinai.

Sleain itu, pelakon dan penyanyi Bella Astillah turut berkongsi momen ketika majlis resepsi berlangsung menerusi ruangan Instagram miliknya.

Iklan

Bagaimanapun sehingga kini, pelakon filem Tentang Bulan itu tidak memuat naik sebarang perkongsian mengenai majlis pernikahan terbabit.

Iklan

Sebelum ini, Fatin memberi hint sudah bergelar tunangan orang sekitar bulan lalu, selepas gambarnya berpimpin tangan dengan Aliff tular di media sosial pada akhir Oktober.

Fatin pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Adam Shahz pada 21 Disember 2013 dan berpisah pada 30 Mei 2017. Mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Ivy Herra Sophia 7 tahun.

Selain itu, bintang yang mula melonjak naik menerusi drama dan filem Tentang Bulan itu turut mempunyai seorang anak lelaki, Adam Aisy Arrian, 10, daripada perkahwinan terdahulu.