Diberi makan nanas berisi mercun, gajah bunting mati dibunuh penduduk

Iklan
Diberi makan nanas berisi mercun, gajah bunting mati dibunuh penduduk

DUNIA dikejutkan dengan sikap zalim manusia terhadap seekor haiwan yang kelaparan.

Reuters melaporkan, seekor gajah hamil di daerah Malappuram, Kerala, selatan India, mati setelah dipercayai diberi makan nanas yang disumbat penuh dengan mercun.

Iklan
Iklan

Menurut laporan, gajah yang tersesat dari Taman Negara Silent Valley itu ke kawasan kediaman penduduk untuk mencari makanan.

Namun terdapat individu tidak berperikemanusiaan yang tidak dikenal pasti memberi mamalia tersebut sebiji nanas berisi mercun.

Iklan

Mercun itu dikatakan meletup di dalam mulut gajah tersebut dan menyebabkan kecederaan parah di bahagian bawah rahangnya.

Menurut pegawai hutan, Mohan Krishnan, kejadian yang berlaku itu menyebabkan lidah serta rahang gajah tersebut cedera teruk sehingga menyebabkannya tidak dapat makan atau mengunyah seperti biasa.

Iklan

Gajah berkenaan lari dalam keadaan mengerang kesakitan namun tidak menyebabkan berlaku apa-apa kerosakan di perkampungan tersebut meskipun haiwan berkenaan dipercayai daripada kelompok gajah liar.

Tambah Mohan lagi, bagi meredakan kesakitan yang dialami serta mengelakkan lalat mendekati lukanya, gajah tersebut masuk ke dalam sungai dan merendamkan belalai serta mulutnya yang luka itu.

Walaupun dipujuk Mohan serta beberapa lagi pegawai hutan yang lain dengan membawa dua ekor lagi gajah lain, gajah tersebut tetap enggan keluar dan berganjak, seakan-akan memang datang ke sungai tersebut untuk mati dan disahkan mati selepas tiga hari.

Lebih memilukan, gajah malang tersebut dilaporkan bunting dan insiden itu juga telah menyebabkan anak yang dikandung turut terkorban.