Siti Rosmizah kritikal akibat Covid-19

Iklan
SITI ROSMIZAH SEMAIL

PENERBIT dan penulis novel terkenal, Siti Rosmizah Semail dilaporkan berada dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat jangkitan Covid-19.

Berita duka itu dikongsikan oleh pengarah terkenal Shahrulezad Mohameddin di laman Instagram, pada Ahad.

Iklan
Iklan

"Allahuakbar. Sama-samalah kita mendoakan kesembuhan buat Siti Rosmizah. Covid is no joke (Covid bukan main-main). Jadi tolong jaga diri semua. Kita belum masuk ke fasa endemik lagi,” katanya.

Perkara sama turut dikongsikan wakil Siti Rosmizah menerusi Instagram miliknya.

Iklan
Iklan

Rosmizah yang juga penulis lirik, terkenal dengan karya daripada adaptasi novelnya seperti Andai Itu Takdirnya, Lafazkan Kalimah Cintamu dan Rindu Awak Separuh Nyawa yang bersiaran di Astro Ria.