PELAKON popular, Jeremy Renner dilaporkan semakin pulih selepas terlibat dalam kemalangan yang hampir meragut nyawanya pada 2 Januari lalu.
Selepas berkongsi gambar terkininya menerusi hantaran di Instagram pada Selasa lalu, Renner yang dikenali dengan watak Hawkeye dalam francais Avengers memuat naik videonya menerima layanan seperti spa dari katil wad Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital menerusi InstaStories.
Iklan
Iklan
"Momen spa di dalam ICU untuk meningkatkan lagi semangat saya. Terima kasih mama. Terima kasih kakak. Terima kasih semua. Untuk kasih sayang anda," coretnya.
[caption id="attachment_103109" width="800"] Jeremy masih dirawat di ICU selepas mengalami kemalangan Isnin lalu.[/caption]
Dalam video sama, kedengaran Renner mengatakan :"Mandian pertama selepas seminggu," ujar Renner perlahan sambil menunjukkan aksi kakaknya mengurut kepalanya seperti di spa.
Difahamkan setakat ini, Renner sudah menjalani dua pembedahan dan semakin pulih selepas digilis dengan jentolak PistenBully seberat 6,350 kilogram, ketika cuba membersihkan salji tebal yang melanda rumah peranginannya di Reno, Nevada, Amerika Syarikat.
Dalam kejadian Isnin lalu, Renner mengalami kecederaan parah di dada termasuk patah tulang rusuk sebelum dikejarkan ke hospital dengan menaiki helikopter.
Artikel Berkaitan