PELAKON Aeril Zafrel kesal apabila pertemuannya dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit dari Barisan Nasional (BN), Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi baru-baru ini dijadikan bahan provokasi politik oleh sebuah portal berita.
Menerusi perkongsian di laman Twitter milikknya, Aeril, 35, berkata pertemuan tersebut tidak harus dipolitikkan kerana kehadirannya bersama isteri, Wawa Zainal ketika itu adalah berkaitan pembinaan masjid di Rengit, Johor.
"Kalau tak tahu jangan buat cerita. Saya berjumpa dia (Dr Mohd Puad) sebab dia adalah ADUN Rengit, kampung saya.
”Saya nak buat masjid di kampung. Jadi mestilah kena jumpa wakil rakyat di sini. Memang semua benda nak politikkan ke,” soal Aeril kesal.
Terdahulu portal berkenaan telah memuat naik satu status yang meminta Dr Mohd Puad agar tidak berurusan dengan bintang drama Cari Aku Di Syurga itu yang dikatakan sebagai penyokong parti Perikatan Nasional (PN).
Portal berkenaan turut memuat naik gambar yang menyaksikan pertemuan Aeril dan isteri bersama dengan Puad di sebuah hotel di Putrajaya.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.