Singkirkan lemak & kulit lebih glowing dengan dua bahan ni. Ibu hamil pun boleh amalkan sebagai suplemen!
MEMILIKI berat badan ideal memang idaman setiap wanita. Pun demikian, ramai yang tidak berani mengambil sembarangan ubat. Bimbang mengundang masalah lain pula.
Justeru, ada yang memilih jalan selamat dengan menggunakan bahan semula jadi.
Biarpun barangkali mengambil sedikit masa, namun hasilnya tidak mengecewakan.
Paling penting, selamat daripada sebarang implikasi tak baik.
Bagi anda yang nak menyingkirkan lemak-lemak dalam badan yang cukup degil, apa kata cuba resipi detoks yang dikongsikan oleh Zamira Mohammad Ali.
Selain membuang lemak, cara itu juga membantu anda yang mempunyai masalah pencernaan termasuk mendapatkan kulit yang glowing supaya awet muda.
Tekniknya memang mudah sangat. Hanya guna biji chia (chia seed) dan juga kurma.
Dari segi saintifik, chia seed mengandungi pelbagai kombinasi kandungan protein, vitamin dan mineral. Ia membantu mengekalkan keupayaan tenaga sepanjang hari.
Malah, serat larut yang terkandung dalamnya juga boleh membantu menyerap sejumlah air dan mengembang di dalam perut.
Itu sekali gus akan mengurangkan keinginan untuk makan, selain membantu membuatkan seseorang mudah kenyang.
Satu lagi, bijian tersebut juga mengandungi triptofan iaitu sejenis asid amino yang membantu mengawal selera makan dan tidur.
Menariknya lagi, ia memberi ketahanan kepada insulin. Kiranya berita baik untuk pesakit kencing manislah.
NAK BUAT PUN SENANG!
Tak perlu nak diperkatakan, kurma memang memiliki banyak khasiat tersendiri.
Mengandungi nutrisi yang baik untuk tubuh badan, makanan tersebut juga kaya dengan kalori, karbohidrat, vitamin, mineral dan serat.
Turut berfungsi sebagai antioksidan, kurma juga membantu untuk anda mengamalkan diet yang sihat. Lebih-lebih lagi bagi anda yang ingin menurunkan berat badan.
Ini kerana pengambilan makanan tambahan itu mampu mengenyangkan perut dengan cepat. Jadi, kita tak akan makan banyaklah.
Bagaimana tekniknya? Senang sangat. Lecekkan kurma dan gaul dalam segelas susu rendah lemak. Campurannya sudah cukup untuk membantu menurunkan berat badan.
Bagi anda yang mempunyai masalah pencernaan, amalkan pengambilan kurma sebanyak tujuh biji setiap hari.
Haa...kalau nak tahu, pendekatan itu kalau dilakukan secara konsisten buatkan kita senang nak buang air besar secara teratur.
Setelah SinarPlus nyatakan satu persatu tentang manfaat dua bahan tadi, kami kongsikan resipi gandingan chia seed dan kurma.
Sebelum terlupa, ibu hamil pun boleh amalkan, tapi kami nasihatkan dapatkan dulu nasihat doktor.
Bahan-bahan:
- Chia Seed 10 gram (gm)
- Kurma (ikut citarasa)
- Air kosong 250 liter
Cara penyediaan:
-Siat-siatkan kurma tersebut menjadi kepingan kecil. Masukkan dalam air dan rendam sekali dengan biji kurma tersebut.
-Masukkan chia seed dalam anggaran 10 gram. Boleh juga sukat menggunakan pencedok susu.
-Kacau sehingga sebagai chia seed tersebut bagi mengelakkan ia bergentel. Nak mudah, guna tupperware lalu goncang sehingga sebati. Siap dan boleh disimpan dalam peti sejuk.
-Sedia untuk dijadikan sarapan pagi. Selalu amalkan untuk mendapat kulit wajah yang muda jelita. Rasanya pun memang vazz.
Selamat mencuba!
Sumber: Facebook Zamira Mohammad Ali & http://www.ezdiet.com.my
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.