BUDS Organics baru-baru ini memperkenalkan dua produk baharu pada rangkaian Buds Super Soothing Organics khas untuk bayi atau anak kecil yang memiliki masalah ekzema, kulit kering dan sensitif.
Produk itu ialah Super Soothing Deep Moisturising Cream dan Super Soothing Intensive Repair Cream.
Berikut fungsi kedua-dua inovasi berkenaan:
Super Soothing Deep Moisturising Cream: Direka untuk memulihkan kulit yang memerlukan kelembapan setiap hari. Bukan sahaja melegakan, ia membantu si kecil mengekalkan kulit yang sihat dan menghindari masalah kemerah-merahan.
Super Soothing Intensive Repair Cream: Khas untuk anak kecil yang mengalami iritasi kulit yang teruk dan memerlukan penjagaan rapi. Krim ini mempunyai campuran EASYclear + Prebiotik untuk memperbaiki dan melegakan kulit yang kritikal, kering, sensitif dan gatal.
Mengulas lanjut, Pengasas Bersama dan Pengarah Urusan Buds Organics, Soo Siew Peng berkata, semua produk Buds Organics diperakui ECOCERT dan dirumus khas dengan ramuan semula jadi yang berasal daripada tumbuh-tumbuhan serta bahan-bahan yang berkualiti tinggi.
"Produk kami juga dihasilkan daripada sumber pertanian yang lestari sekali gus menjadikannya selamat untuk bayi dan kanak-kanak," katanya pada majlis pelancaran varian baharu Buds Organics di sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.