12 fakta demam babi Afrika berbahaya hingga Pulau Pinang isytihar bencana

Iklan
2

SELEPAS ameba Naegleria Fowleri, wabak demam babi Afrika atau African Swine Fever (ASF) pula hangat diperkatakan di laman sosial.

Apa pula ASF ini adakah boleh berjangkit kepada manusia? Public Health Malaysia mendedahkan ASF bukanlah ancaman kepada kesihatan manusia dan tidak boleh menjangkiti manusia daripada babi kepada manusia.

Iklan
Iklan

Berikut fakta mengenai ASF atau demam babi Afrika ini:

1-Demam babi Afrika adalah penyakit virus yang sangat menular dan membawa maut yang menjejaskan kedua-dua babi domestik dan liar.

Iklan

3-Setakat ini total tujuh ladang babi komersial telah dijangkiti dengan kes ASF, melibatkan 25,000 ekor babi.

Iklan

Baca juga: [VIDEO] Raih 2 juta tontonan, video babi hutan lari laju tepi sawah

[caption id="attachment_104107" width="800"] Gambar hiasan (Kredit foto: Pexels)[/caption]

4-Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata keseluruhan tujuh ladang ternak babi telah dijangkiti ASF dan membabitkan 25,000 ekor haiwan di semua ladang berkenaan akan dimusnahkan secara berperingkat.

5-Tujuh ladang babi komersial telah dijangkiti iaitu masing-masing lima di Seberang Perai Selatan (SPS) dan dua di Seberang Perai Tengah (SPT).

6-Pengesahan penyakit dibuat melalui ujian Polimerase Chain Reaction (PCR) yang dijalankan oleh Makmal Veterinar Zon Utara Bukit Tengah bermula 4 hingga 12 Januari lepas.

7-Langkah mengawal dan mencegah perebakan penyakit ASF, JPV Pulau Pinang telah menjalankan stamping out policy menerusi pemusnahan babi di ladang yang disahkan positif penyakit ASF secara berperingkat dengan bangkainya ditanam di situ atau kawasan khas disediakan kerajaan negeri.

Baca juga: 2 bulan bertahan, lelaki pertama terima jantung khinzir diubah suai genetik meninggal dunia

[caption id="attachment_104105" width="800"] Gambar hiasan (Kredit foto: Pexels)[/caption]

8-Bagi mengesan jangkitan dan perebakan penyakit ASF di kawasan berhampiran, pihak berkuasa menjalankan aktiviti pemantauan, pemeriksaan klinikal, persampelan, pemantauan.

9-Pemeriksaan karkas di semua rumah sembelih babi berlesen serta sekatan jalan raya (SJR) juga turut dijalankan.

11-Ia pertama kali ditemui pada tahun 1921 di Kenya. Dalam dekad berikutnya, ia merebak di beberapa negara-negara Afrika sub-Sahara.

12-ASF kekal di Benua Afrika sebelum menular ke Eropah pada tahun 1957 apabila dikesan di ladang babi Portugal.

Baca juga: Hati-hati wanita! Gula-gula gelatin khinzir lengkap logo halal di pasaran, berikut 5 info daripada JAKIM

Sumber: Public Health Malaysia, U.S. DEPARTMENT OF AGRICULTURE

Kredit foto utama: Pexels

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.