GRAB Malaysia mengumumkan perubahan tambang, termasuk kenaikan harga tambang seminit.
Perubahan itu adalah untuk membantu memberi pampasan kepada pemandunya untuk masa yang dihabiskan dalam kesesakan lalu lintas pada waktu puncak khususnya Lembah Klang.
Pada waktu puncak misalnya, lebih masa diambil untuk melunaskan sesuatu tempahan walaupun jarak fizikalnya pendek.
Berkuatkuasa 16 Januari 2023, tambang seminit dinaikkan daripada 20 sen kepada 43 sen.
Bagaimanapun, tambang bagi setiap kilometer telah diturunkan daripada 70 sen kepada 25 sen.
Kadar asas dan minimum kekal tidak berubah pada RM2 dan RM5, masing-masing.
Grab berkata dalam satu kenyataan, tambang itu telah disemak berdasarkan maklum balas daripada pemandunya.
"Kami mendengar anda, dan kami akan menyemak semula struktur tambang supaya tambang lebih berdasarkan masa yang diambil untuk menyelesaikan perjalanan dan kurang pada jarak perjalanan," kata Grab Malaysia.
Baca juga SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.