Mudah je cara masak sambal bilis garing, sedap dan tahan lama

Iklan
sambal bilis garing (3)

SAMBAL bilis garing memang sedap. Makan dengan nasi panas pun sudah cukup menyelerakan.

Bagi mereka yang suka makan ‘kering-kering’ dan travel jauh, sambal bilis garinglah salah satu bekal wajib bawa.

Iklan
Iklan

Mak-mak yang tak sempat masak boleh jadikan sambal bilis garing ni sebagai menu sampingan ekspress.

Baca juga: Sambal Belacan Goreng pelengkap hidangan, tak sedar licin nasi sepinggan

Iklan

Tak lama lagi bulan Ramadan bakal menjelang, ramai wanita yang sedang menggantikan puasa. Sambal garing ni sesuai sangat jadi menu pantas untuk bersahur. Makan nasi atau roti pun sedap.

Tak perlu beli lagi, buat sendiri lebih menjimatkan. Guna resipi dikongsikan Ayu Masfaliza Ab Jaafer ni, sambal bilis garing padu dihasilkan menggunakan enam bahan sahaja.

Iklan

Baca juga: Ikan bilis kentang berlada 'lejen' menyelerakan!

SAMBAL BILIS GARING

Cili kering secukupnya

Kiub pati ikan bilis

1 mangkuk kecil ikan bilis goreng

1 mangkuk kecil bawang goreng

Minyak untuk menggoreng

Gula

1-Cili kering dibuang biji, dicuci bersih dan dijemur sehingga kering.

2-Gorengkan cili kering dengan sedikit minyak sehingga garing. Pastikan api kecil dan cili kerap dibalikkan. Angkat dan sejukkan.

3-Masukkan cili ke dalam food processor atau chopper bersama kiub ikan bilis.

4-Tambahkan sedikit gula halus.

5-Kisarkan. Jika betul kering hasil sambal akan cantik.

6-Panaskan semula minyak menggoreng cili tadi dan apabila panas masukkan bahan yang dikisar.

7-Masakkan ia dengan menggunakan api kecil. Hati-hati jangan sampai hangus.

8-Tutup api dan sejukkan.

9-Masukkan ikan bilis dan bawang goreng. Gaul rata.

10-Masukkan ke dalam bekas kedap udara dan sedia untuk dibawa ke mana-mana.

Selamat mencuba!

Baca juga: Diet pemakanan ketika bersahur dalam bulan puasa

Sumber: Ayu Masfaliza Ab Jaafer

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi