Risiko disengat tebuan ada di mana-mana. 4 langkah boleh membantu ketika kecemasan

Iklan
Untitled design (41)

BARU-BARU ini berita tentang seorang kanak-kanak yang maut terkena sengatan tabuan memang sangat memilukan.

Sebenarnya agak mudah kes seumpamanya berlaku dek lazimnya kedudukan sarang tabuan terdapat fi sekeliling kita.

Iklan
Iklan

Apa pun perlulah bersedia supaya apabila berlaku kejadian seumpamanya kita telah siap bagi mengurangkan risiko sehingga kehilangan nyawa.

Dalam kejadian Jumaat minggu lalu, Nur Nazihah Mohd Sabri, 8, bersama adiknya, Muhammad Azib, 6, disengat tebuan ketika bermain bersama seorang lagi kakak mereka berusia 11 tahun, di kawasan semak berhampiran kediaman mereka di Felda Kerteh 4, Dungun jam 3 petang.

Iklan

Mangsa disahkan meninggal, jam 1.35 pagi semalam ketika diberi rawatan di Hospital Nur Zahirah HSNZ Kuala Terengganu.

Bagaimanapun, adiknya dalam keadaan yang dilaporkan stabil.

Iklan

Susulan kejadian, pasti ramai tertanya-tanya apa yang boleh kita lakukan apabila berdepan situasi sedemikian setelah diserang tabuan bukan?

Kakitangan perubatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Ahmad Samhan Awang berkongsi tindakan yang boleh diambil.

Menurutnya beliau turut bersedih bila membaca tentang berita adik Nur Nazihah yang terkena lebih 60 sengatan tebuan hingga membawa maut.

Justeru beliau mahu berkongsi ilmu tentang apa patut kalian buat jika anak disengat tebuan.

Menurutnya, anafilaksis ialah reaksi alahan pada alergen yang teruk yang boleh membawa maut. Ia boleh berlaku dalam masa beberapa minit atau saat selepas pesakit tu terdedah kepada alahan yang tertentu.

Tambah Dr Ahmad, sengatan serangga seperti lebah dan tebuan, boleh menyebabkan sistem imunisasi badan memberikan reaksi yang melampau seperti:

? Tekanan darah turun dengan mendadak

? Saluran pernafasan menjadi sempit dan tekak dan lidah bengkak maka pesakit susah bernafas

? Denyutan nadi yang lemah dan laju, lebih dari biasa

? Ruam yang gatal dan bengkak di bahagian tertentu seperti muka dan bibir.

? Loya dan muntah atau cirit birit

? Pening atau pengsan

Dos sengatan yang boleh membawa maut adalah 4.6mg/kg. Maka,kanak-kanak mempunyai risiko kematian lebih tinggi berbanding orang dewasa kerana saiz badan yang lebih kecil, jelas Dr Ahmad.

Berikut langkah pencegahan yang boleh diusahakan dikongsikan:

1️⃣ Elakkan anak bermain dalam hutan

2️⃣ Jika perlu bawa anak masuk hutan, pastikan anak pakai baju lengan panjang, seluar panjang dan bertopi.

3️⃣ Elakkan menggunakan pakaian bewarna-warni yang boleh menarik perhatian serangga.

4️⃣ Elakkan memakai bau-bauan atau minyak wangi.

5️⃣ Jika diserang, jangan berlari secara mengejut sebaliknya berjalan perlahan-lahan kerana akan menarik perhatian lebah/tebuan mengejar mangsa.

6️⃣ Jangan mengibas baju dan kain untuk menghalang serangan,ini akan lebih menarik perhatian tebuan/lebah.

#LANGKAHKECEMASAN

1️⃣ Tanggalkan pundi sengat dengan menggunakan pengumpil atau penyepit.

2️⃣ Basuh dengan air dan sabun.

3️⃣ Letakkan ais atau air sejuk di tempat sengatan.

4️⃣ Bawa mangsa ke Kecemasan dengan segera.

Beliau juga berharap info penting pada ahli keluarga dikongsikan sebab kejadian ini boleh berlaku pada sesiapa dan tak diduga. Sudah banyak kes kematian disebabkan sengatan tebuan berlaku di negara kita. Berwaspadalah.

Moga bermanfaat! -AG #JanganPutusAsaMalaysia