Sering ditanya punca terlalu kurus & cengkung, ini jawapan Anak Azhar Sulaiman. Lucu tapi win!

Iklan
20230130_101216_0000

PENAMPILAN anak perempuan kepada pelakon Azhar Sulaiman yang dilihat terlalu kurus sering mengundang perhatian.

Bahkan rata-rata asyik bertanyakan situasi tersebut kepada pemilik nama penuh Kasih Leia Ixora.

Iklan
Iklan

Menerusi satu perkongsian video di TikTok baru-baru ini, empunya diri tampil menjawab segala persoalan mengenai keadaan fizikalnya itu.

Iklan

Kasih memberitahu, beliau sebelum itu sudah membuat pemeriksaan dan mendapati dirinya tiada sebarang masalah kesihatan.

Baca ni Umur lebih 50 tahun tapi belum tumbuh uban, rahsianya guna daun kari dengan yogurt je. Rambut pun hitam berkilat!

Iklan

"Saya ingat ada masalah dengan lymph node atau kelenjar limfa. Saya memang ada masalah tapi itu sahaja. Doktor beritahu kelenjar limfa saya agak besar.

"Selain itu, saya tiada masalah. Doktor pun cakap saya hanya kurus dan sempat bertanya sama ada saya makan atau tidak," kongsi remaja itu yang sekali gus menafikan dakwaan kononnya beliau mempunyai anoreksia, leukimia, hipertensi dan sebagainya.

Malah, Kasih turut menambah, fizikalnya yang sedemikian mungkin disebabkan faktor genetik dan bukannya akibat penyakit seperti yang didakwa.

"Semua orang tanya ada anoreksia, leukimia, hipertensi, hipertiroid, blood pressure ke? Jawapannya adalah tak tahu.

"Satu-satunya perkara yang saya boleh jelaskan ialah ia hanya kerana genetik. Jadi, kalau masih ada soalan sebegini, sila tanya ayah saya," ujar beliau sambil tertawa.

Pun begitu, Kasih tetap berterima kasih kepada warga maya yang begitu mengambil berat akan kesihatan dirinya.

Apa-apapun kita harapkan Kasih sentiasa sihat walfiat. Suara Kasih menyanyi pun not bad! Love sangat...

Sumber: Tiktok Kasih Leia Ixora.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.