Hampir 3,000 share, resipi dumpling sedap, gaul bahan mudah hanya balut rice paper
DUMPLING merupakan antara makanan tradisi masyarakat Cina yang sangat terkenal.
Ia kini telah menjadi kegemaran masyarakat kita. Dumpling juga digemari anak-anak kerana rasanya yang kurang pedas dan boleh dimakan dengan sup.
Terdapat pelbagai jenis dumpling, antaranya daging, ayam, kambing dan sebagainya. Dumpling ini juga berintikan dengan sayur-sayuran serta isi daging.
Pernah kalian makan dumpling ayam home made? Kalau makan di kedai, harganya boleh tahan mahal juga untuk beberapa biji dumpling.
Kalau nak makan puas-puas, boleh cuba buat sendiri di rumah dengan menggunakan resipi perkongsian oleh Shaa Zainol di bawah.
Postingnya di grup Masak Apa Hari Ni..(MAHN) telah mendapat lebih 2,900 shares dan 1,300 tanda suka.
Sangat berbaloi buat sendiri sebab boleh dapat banyak! Jom cuba.
Cuba juga Lebih 1,200 share, resipi Aiskrim Soda Sakura tular, sedap dan berais halus
[caption id="attachment_105487" width="800"] Kredit foto: FB Shaa Zainol[/caption]
Bahan-bahannya;
- 1 mangkuk isi ayam atau daging kisar cincang
- Bawang Holland atau besar dicincang
- Bawang putih dicincang
- Daun sup & bawang dipotong kecil
- Lobak merah diparut
- Kubis dicincang
- Serbuk perasa
- Garam secukup rasa
- Sos tiram [Beli di sini]
- Lada Sulah [Beli di sini]
- Tepung jagung 1 sudu besar [Beli di sini]
- Rice Paper [Beli di sini]
Cara membuatnya;
1. Satukan semua bahan di atas dan gaul sebati.
2. Basahkan Rice Paper, gulung dan balut seperti biasa.
3. Boleh dikukus dan digoreng.
Cuba juga Mudahnya buat mi kuning sendiri guna 4 bahan, hiris dengan pisau je tak perlu mesin
[caption id="attachment_105492" width="800"] Kredit foto: FB Shaa Zainol[/caption]
Tip;
Kalau kukus basahkan sikit bahagian bawah dumpling supaya tak melekat pada steamer.
Kalau goreng hanya pakai sikit minyak asal kuali basah sahaja.
Selamat mencuba ya!
Sumber: Shaa Zainol via grup Masak Apa Hari Ni..(MAHN)
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.