Elak kena scam penipu emas, ini trik boleh selamatkan duit poket wanita

Iklan
emas

HARGA emas yang dijual di pasaran sama ada bentuk bar atau aksesori wanita semakin tinggi nilainya pada setiap tahun.

Mungkin sebab itu, ramai ibu-ibu kalau ada jualan runtuh, memang tak akan melepaskan peluang untuk membeli barangan kemas tersebut.

Iklan
Iklan

Bukan sekadar sebagai perhiasan diri dan penyedap mata, tapi juga penyelamat pada saat kecemasan. Kira boleh gadai atau pajak untuk dapatkan duit segera.

Jika ada promosi jualan runtuh tanpa upah di kedai emas tertentu atau secara online, pasti ramai tidak melepaskan peluang untuk membeli, kan?

Iklan

Tak kurang juga, banyak kes kena scam dek kerana terlalu teruja nak beli emas sampaikan tak perasan barangan yang dibeli itu palsu atau lesap begitu saja.

Apa maksud lesap? Beli barang kemas secara ansuran, bila tiba masa matang, penjual pula lari hilang batang hidung.

Iklan

Perkongsian Syukri Harun dalam akaun TikTok memang menarik apabila beliau share petua penting untuk elak diri kita ditipu.

Maklumat yang didedahkan lebih kepada penjualan emas secara online yang menawarkan pakej yang tak masuk akal.

Berikut info yang dikongsikan:

1. Jika penjual simpankan atau laburkan emas yang kita beli, itu akan ada problem.

2. Kalau penjual menjanjikan income bulan-bulan, itu lagi bermasalah.

3. Semak sejarah syarikat dan tempoh operasi selain siasat siapa rakan yang join venture dengan syarikat tersebut.

Baca juga Sanggup bergadai emas demi si bulus, kisah wanita ini sentuh hati pencinta haiwan

4. Jika didakwa ada memiliki pensijilan patuh syariah, siasat asal usul pengiktirafan tersebut.

EMAS TERPAKAI

Selain itu, video pendek yang dimuat naik oleh Mavilla88 melalui TikTok juga berkongsi ilmu berguna.

Nasihat beliau, kalian disyorkan lebih baik memilih premis ar rahnu atau kedai emas fizikal jika mahu membeli emas terpakai.

"Jangan sesekali terpedaya dengan orang persendirian yang jual sebab ramai dah kena tipu dengan emas palsu. Ini kes nak jimat punya fasal.

Baca juga Berbaloi sangat, beli emas tahun 1980 harga RM662, jual semula untung lebih RM5K

"Ramai nak murah, nak untung tapi last sekali rugi besar sebab kena tipu," katanya.

Cadangnya, lebih baik periksa dahulu nilai emas di kedai emas sebelum berhasrat mahu beli.

Emas sudah pastinya menjadi kegilaan sesetengah wanita yang sukakan sesuatu yang bling-bling.

Baca juga "Beli emas ribu-ribu akhirnya tak laku”- Lelaki kongsi tip kenali emas palsu

Jadi, kalau nak beli emas online, pastikan semak dulu portfolio seller dan testimoni terlebih dulu.

Bukan apa, risau juga nanti jadi mangsa penipuan, kan? Kos beli emas bukannya murah dan semua kena ambil tahu ya!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi