Suci hati seorang kakak, serah bayi jadi anak angkat adik pejuang TTC buat ramai sebak

Iklan
Suci hati seorang kakak, serah bayi jadi anak angkat adik pejuang TTC buat ramai sebak

Suci hati seorang kakak, serah bayi jadi anak angkat adik pejuang TTC buat ramai sebak

ANAK adalah anugerah terindah. Memilikinya selepas berkahwin adalah impian bagi setiap pasangan.

Iklan
Iklan

Tidak kira sama ada dikurniakan bayi perempuan, lelaki atau kembar, kehadiran mereka pastinya mewarnai hubungan dan mengeratkan lagi ikatan suami isteri.

Namun realitinya, bukan semua wanita mampu untuk hamil sebaik melangkah ke alam rumah tangga.

Iklan

Corak kehidupan hari ini memperlihatkan betapa ramai pasangan yang terpaksa menanti untuk memiliki zuriat sendiri.

Ada yang perlu menunggu setahun dua untuk mendengar khabar gembira. Bahkan ada juga yang terpaksa menanti lima, sembilan dan mungkin belasan tahun untuk merasai nikmat bergelar ibu bapa.

Iklan

Baca juga 7 tahun sabar menanti, suami nangis tengok UPT isteri positif, warganet tumpang sebak

[caption id="attachment_106139" width="800"] Kredit foto: Facebook Nurul Amillin Mansor[/caption]

Selain itu, wanita itu juga sempat memberi pesanan kepada orang ramai yang mengecam tindakannya tanpa usul periksa.

"Kita manusia kena jaga lidah kita bila dalam tutur bicara. Sebab mulut lah tempat paling cepat buat dosa. Terlalu lantang berbicara pun tanpa jaga hati perasaan orang pun dosa yer," ujarnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga maya turut berasa sebak sekali gus kagum dengan pengorbanan yang dibuat oleh wanita tersebut untuk adiknya.

Bukan itu sahaja, warganet juga berharap si adik dapat menjaga anak tersebut dengan penuh kasih sayang bahkan tidak tumpah seperti anak sendiri.

Ujar mereka;

"Mata masuk habuk.. terbaik laa kakk.. jauh sudut hati tuu nampak keikhlasan kak, Alhamdulillah semoga Allah merahmati akak sekeluarga."

"Besar pahala, mengeratkan lagi silatulrahim adik-beradik... insya-ALLAH semoga satu hari nanti direzekikan baby untuk adiknya pula."

Baca juga Rawatan IVF sampai ke fasa penting, ramai titip doa buat Achey, isteri

"Terima kasih awak.. awak faham perasaan insan-insan yang diuji dengan zuriat ni... hanya ALLAH je yang dapat balas. Semoga dimurahkan rezeki awak sekeluarga..."

"Besar pengorbanan, bukan mudah sebenarnya... moga aAdik Chelin dikurniakan zuriat insya-ALLAH aamin..."

"Semoga yang baik-baik untuk puan dan adik. Semoga menjadi asbab dikurniakan ALLAH zuriat sendiri buat adik puan."

Tiba-tiba mata pun masuk habuk.

Sumber: FB Nurul Amillin Mansor

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.