UNIQLO terus ajak pelanggan berkreativiti               

Iklan

UNIQLO memang sentiasa aktif menghasilkan sesuatu yang baharu dan segar. Buktinya, pada Jun ini, jenama terkemuka itu mengajak pelanggan berkreativiti dengan siri pelekat UNIQLO x NALA Designs.

Secara keseluruhannya, siri pelekat UNIQLO x NALA Designs siri SAKU mempunyai 62 pelekat yang boleh dipilih menghasilkan cetakan sendiri untuk UTme.

Iklan
Iklan

UTme merupakan koleksi yang membolehkan sesiapa sahaja menghasilkan rekaan baju-T atau beg asli sendiri.

Selain pelekat, terdapat senarai teks yang disediakan, kata UNIQLO.

Iklan
Iklan

Stiker siri SAKU terbaharu itu hanya akan tersedia di UNIQLO Fahrenheit 88 mulai 22 Jun depan.