Hari pertama KJ menjadi DJ gamat, kongsi pengalaman menang 'selfie' tapi kalah undi
UMUM maklum, sebelum ini bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaludildin Abu Bakar atau KJ, 47, telah dilamar stesen radio popular HotFM sebagai gandingan baharu bersama Johan, Farah Fauzana dan AG Azmeer.
Kisah KJ bakal menjadi DJ HotFM mula diperkatakan selepas Hot FM membuat tawaran kepada Khairy menerusi surat terbuka di Instagram @hotfm976 membabitkan jawatan sebagai penyampai radio yang bertugas setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 pagi hingga 10 pagi.
Susulan itu, Media Prima Audio (MPA) mengesahkan Khairy akan bertugas sebagai penyampai di stesen radio Hot FM serta bakal mengendalikan segmen Bekpes Hot, mulai hari ini.
Ternyata, kemunculan KJ yang juga bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu sangat menggamatkan ketika mengendalikan segmen tersebut seawal jam 6 pagi tadi.
Dalam slot tersebut, KJ memulakan bicara dengan berkongsi butiran peribadi termasuk latar belakang pendidikan dan karier, selain pengalaman kecundang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), November tahun lalu.
Baca juga KJ jadi DJ Hot FM, netizen teruja tak sabar nak dengar
[caption id="attachment_80092" width="800"] Gambar fail.[/caption]
Kedengaran santai dan ceria, KJ mengakui buntu memikirkan masa depan akibat hilang pekerjaan berikutan kalah pada PRU15.
"Saya ingat menang sebab apabila pergi berkempen, ramai yang ajak selfie. Rupanya, saya kalah. Menang selfie tapi kalah undi.
"Selepas kekalahan November lalu, saya tak tahu nak buat apa... Memang jammed sebab fikir masa depan," katanya.
Selain itu, pengakuan 'Menang 'selfie', kalah undi' oleh Khairy itu pantas menarik perhatian Johan dan AG apabila masing-masing menganggap ia sebagai slogan baharu yang sesuai dipromosikan.
Terus berkongsi kisah tewas pada PRU15, Khairy menyangka, sekalipun kecundang, beliau akan diberi pencen untuk tugas menteri yang pernah digalasnya.
Baca juga PRU15: Kekalahan KJ mengejutkan, jasa dicurah urus pandemik, luahannya buat ramai tersentuh
[caption id="attachment_98362" width="800"] Gambar fail.[/caption]
"Sangka saya, walaupun kalah dalam pilihan raya, saya akan dapat pencen untuk tugas-tugas menteri yang pernah saya pikul sebelum ini.
"Rupa-rupanya, saya kena tunggu hingga usia mencecah 50 tahun baru boleh dapat pencen. Sekarang, saya baru 47 tahun. Maknanya kena tunggu tiga tahun lagi.
"Disebabkan itu, saya terima tawaran untuk jadi DJ Hot FM ini," katanya.
Menerusi segmen Siyeslah pula yang sebelum ini dikendalikan Fara, Khairy berkongsi maklumat ringkas mengenai otot manusia.
Ketika diusik AG apakah perasaan apabila pendengar memuji suaranya mampu 'mencairkan' hati pendengar, Khairy tergamam seketika.
"Tak tahu," jawabnya sambil tertawa.
Siapa yang tak sempat mendengar celoteh KJ pagi tadi, bolehlah tunggu kemunculan beliau pada esok pagi pula.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.