Tragedi cuti sekolah, kanak-kanak perempuan 2 tahun lemas di kolam renang. Ibu bapa ambil iktibar awasi anak

Iklan
lemas1

Tragedi cuti sekolah, kanak-kanak perempuan 2 tahun lemas di kolam renang. Ibu bapa ambil iktibar awasi anak

CUTI sekolah adalah waktu yang dinanti-nantikan terutamanya buat kanak-kanak untuk melakukan aktiviti yang diminati.

Iklan
Iklan

Namun tiada siapa menduga, ia adalah detik terakhir bagi seorang kanak-kanak perempuan di Kampung Pulai, Merlimau, Melaka ini.

Kegembiraan dua beradik mandi-manda di kolam renang sebuah inap desa (homestay) bertukar pilu apabila adiknya ditemukan lemas semalam.

Iklan

Dalam kejadian pada jam 10.56 pagi, mangsa yang merupakan kanak-kanak perempuan, Auni Falisha Muhammad Firdaus berusia dua tahun 10 bulan dipercayai pergi ke inap desa itu bersama abangnya berusia lima tahun.

Menurut Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi, berikut kronologi kejadian;

Iklan

1. Mangsa bersama abangnya berjalan kaki ke kolam renang yang terletak lebih kurang 500 meter dari jarak rumah mereka tanpa pengetahuan ibu bapa dan ahli keluarga.

2. Kolam renang itu dipercayai milik ahli keluarga mangsa dan semasa kejadian tiada pelanggan mengunjungi atau berada di situ.

3. Abang mangsa pulang ke rumah dengan keadaan pakaian basah dan bila ditanya tentang adiknya dikatakan berada di kolam renang seorang diri.

4. Ibu bapa mangsa menghubungi rakan sekerjanya dan meminta ke kolam renang untuk melihat keadaan mangsa.

Baca juga Anak lemas musim banjir, 4 langkah ini boleh selamatkan nyawa, pentingnya tahu CPR

[caption id="attachment_107086" width="800"] Auni Falisha ditemui lemas dalam kolam renang di Kampung Pulai, Merlimau semalam. - Foto Sinar Harian[/caption]

5. Individu itu melihat mangsa dalam keadaan tertiarap dalam kolam renang dan tidak sedarkan diri.

6. Mangsa kemudian dibawa ke Klinik Kesihatan Merlimau dan telah diberi bantuan pernafasan (CPR) selama 45 minit namun tidak dapat diselamatkan.

Sementara itu, menurut hellodoktor, berikut adalah langkah pencegah yang boleh dilakukan;

Rumah

  1. Pastikan kalian sentiasa mengawasi anak.
  2. Jangan tinggalkan bayi atau kanak-kanak sendirian tanpa pengawasan.
  3. Kosongkan bekas air seperti timba yang tidak digunakan. Sebaiknya terbalikkan bekas air tersebut.
  4. Tutup sebarang bekas tadahan air di dalam mahupun di luar rumah.

Kolam renang

  • Nasihatkan anak supaya tidak makan atau mengunyah gula-gula getah semasa berenang, menyelam atau berada di dalam air.
  • Pastikan terdapat pengawal keselamatan berkelayakan bertugas.
  • Sentiasa awasi anak dan jangan biarkannya sendirian.
  • Pastikan anak menggunakan pelampung.

Baca juga Tragedi cuti sekolah, kanak-kanak lemas sauk ikan di tali air, 6 tip ini mak-mak perlu waspada

Kawasan air lain seperti sungai atau laut

  • Elakkan dari membiarkan anak bermain sendirian berhampiran air.
  • Ajar anak untuk mengenali tanda bahaya.
  • Pastikan anak sentiasa memakai pelampung jika berada di dalam air.
  • Berikan pakaian yang bersesuaian kepada anak.
  • Waspada dengan kedalaman air.
  • Sentiasa memantau keadaan anak.

Justeru, sebagai ibu bapa atau penjaga, jangan sesekali terleka atau cuai kerana dalam sekelip mata sahaja macam-macam tragedi yang boleh terjadi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.