7 tahun dalam bidang oil & gas, cuti bersalin cetus idea bisnes bahulu gulung
TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada yang tahu. Siapa sangka pada mulanya hanya sebagai separuh masa, kini ia dijadikan sumber pendapatan.
Begitulah kehidupan, jika kita berusaha bersungguh-sungguh dalam membuat sesuatu pasti akan berjaya kelak.
Seperti kisah wanita muda bernama Nurul Farhana Mohd Ridzuan yang berusia 34 tahun kini tanpa disangkanya telah terjun ke bidang pembuatan bahulu gulung.
Bahulu gulung merupakan sejenis bahulu yang mempunyai tekstur gebu seperti kek span. Selain jem nenas, terdapat juga perisa seperti coklat, Nutella, strawberi dan kacang tanah sebagai intinya.
Nurul Farhana menamakan bisnes bahulu gulung miliknya sebagai NN Food Station Enterprise yang beroperasi sejak 2020.
Ujarnya kepada SinarPlus, idea itu tercetus ketika dia cuti bersalin cahaya mata pertamanya tiga tahun lalu.
Cita-cita Nurul Farhana ingin memiliki kedai untuk bahulu gulungnya.
"Sekarang ni semua base di rumah dan saya solo rider, semua buat sorang dr A-Z. Plan nak ada kedai. Tak besar pun tak apa, cuma nak lebih proper untuk bekerja dan berhajat untuk buka peluang pekerjaan. Ada satu dua staf tetap pun dah alhamdulillah," ujanrya.
Pesanan Nurul Farhana kepada wanita muda lain yang ingin menceburi bidang perniagaan, kita perlu tahu apa yang kita nak dalam hidup dan jangan sesekali malu.
"Cari passion, kita kena tahu apa yang kita nak sangat dan apa skil kita ada. Ada orang malu berniaga. Ada orsng tak pandai buat kek tapi padai masak nasi Arab, masak laksa. Jangan sesekali takut untuk mencuba," pesannya.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.