'10 hari tanpa telefon macam anak hilang mak', Che Ta dedah kena pickpocket di London

Iklan
'10 hari tanpa telefon macam anak hilang mak', Che Ta dedah kena pick pocket di London

'10 hari tanpa telefon macam anak hilang mak', Che Ta dedah kena pick pocket di London

SIAPA yang tidak kenal dengan pelakon dan usahan, Rozita Che Wan. Penampilannya yang sentiasa vouge, membuatkan ramai yang jatuh suka.

Iklan
Iklan

Setiap kali berkongsi gambar mahupun video menerusi laman Instagramnya, pasti meraih perhatian ramai.

Dia juga antara selebriti yang tidak lokek berkongsi kehidupan peribadinya dalam media sosial.

Iklan

Terbaharu, Rozita atau lebih mesara disapa Che Ta memuat naik sebuah rakaman yang memaparkan dia berada di kota Paris untuk bercuti bersama keluarga tercinta.

[caption id="attachment_75402" width="800"] KELUARGA CHE TA... Che Ta menjalani kuarantin pada 23 Februari lalu bersama dua anak bujangnya.[/caption]

Iklan

Namun, apa yang lebih mengejutkan apabila Che Ta memaklumkan bahawa telefon bimbitnya telah dicuri oleh penyeluk saku ketika berada di kota cinta itu.

"10 hari tak ada telefon, rasa macam duduk dalam gua.

"Kami kena pickpocket masa kat London. Hilang telefon macam anak hilang mak," tulis Che Ta.

Isteri kepada pelakon, Zain Saidin itu memilih Eropah sebagai destinasi percutiannya bersama ahli keluarga sejak 28 Januari sebelum pulang ke tanah air pada 18 Februari lalu.

Menjengah ke ruang komen, rata-rata warga maya meluahkan rasa simpati terhadap Che Ta.

Malah ramai juga yang menceritakan pernah berdepan situasi sama ketika berada di kota tersebut.

Ujar mereka;

"Sorry to hear abt ur lost sis, tapi betul... kalau kat London, memang kena hati-hati esp masa berselisih dgn org ramai. Saya dulu kena masa kat Underground. Ada buat-buat terlanggar dengan kita konon masa berselisih. Tau-tau kawan kat belakang cakap 'Eh, napa beg kau kat belakang tak berzip? Cuba check purse?' Check,dah sah hilang!"

"Nasib baik ada jugak gamba kat IG Che ta cantik jelita kalau rindu boleh juga tengok balik."

"Patut hairan tak nampak Che Ta update apa-apa... apa pun alhamdulillah Che Ta selamat sampai Malaysia dah."

"Sana mana-mana pi kena extra jaga tak boleh leka sat ja lesap. Sling bag kami letak depan badan sorok dalam jacket. Alhamdulillah selamat."

"Nasib baik tak curi duit or credit cards, debit cards."

Baca juga Anzalna bantu bapa tunggal anak satu beli barang keperluan, orang ramai boleh tag keluarga kurang mampu di Instagram

3. Kosongkan poket anda.

Poket perlulah kosong sentiasa dari sebarang barangan yang berharga. Barangan berharga perlu disimpan kemas di dalam bag seperti, wallet, handphone, passport dan sebagainya kerana perkara ini akan memudahkan penyeluk saku mengambilnya.

Sememangnya perkongsian lelaki ini sangat membantu terutama mereka yang merancang untuk ke Eropah.

Apa-apa pun, yang penting anda kena berhati-hati bila ke negara orang ya!

Sumber tip: FB Mohamad Nazarul Eizat

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.