Isteri mengandung, suami yang mabuk & muntah. Rupanya alami ini...

Iklan
hamil

Isteri mengandung, suami yang mabuk & muntah. Rupanya alami ini...

PELIK tapi benar! Isteri yang mengandung, suami yang mengalami alahannya.

Iklan
Iklan

Ramai je yang mengalami seperti itu. Suami yang muntah-muntah, loya dan mood swing masa isteri mengandung?

Walaupun mungkin jarang kita dengar, sebenarnya memang ada istilah saintifik untuk femonena ini yang dikenali sebagai sindrom couvade atau sympathetic pregnancy symptoms.

Iklan

Kasihan pula bila tengok si suami pula yang terkena simptom ini tapi bagaimana ia berlaku?

Jom ketahui beberapa perkara tentang sindrom 'pembawakan budak' pada suami atau sindrom couvade;

Iklan

1. Ia adalah sepenuhnya normal

Sindrom couvade adalah kondisi di mana si suami mengalami gejala-gejala kehamilan, seperti mual, susah tidur, mengidam, naik berat badan atau mood swing.

Malah, ada suami yang mengalami tahap lebih serius turut merasakan senak perut macam nak bersalin! Fuh, pelik juga tu kan?

Fenonema ini dikaji dan didapati ia dialami oleh ramai suami. Laporan sebuah penelitian tahun 2005 menyatakan bahawa 90% lelaki yang isterinya sedang mengandung akan mengalami sekurang-kurangnya salah satu daripada gejala-gejala ini pada awal kehamilan.

2. Punca psikologi

Jadi, agaknya macam mana lelaki pula yang boleh rasa simptom ini sedangkan secara fizikalnya mereka tak mengalami perubahan fizikal atau lebih tepat lagi mereka ni tak mengandung pun?

Sebahagian para pengkaji percaya bahawa gejala sindrom couvade seperti mengidam dan mual-mual yang dirasakan tersebut berpunca daripada masalah psikologi lelaki yang ‘cemburu’ dengan bayi yang dikandungkan dan terpaksa bersaing untuk mendapatkan perhatian daripada isterinya.

Namun mungkin ramai yang kurang bersetuju dengan teori ini dan ia memerlukan lebih bukti saintifik.

Baca juga Musim cuti sekolah buatlah anak seronok, ini idea aktiviti mudah & menarik ibu bapa bersama anak

3. Didorong rasa teruja, bimbang dan cemas

Dalam penjelasan lain pula menerangkan bahawa sindrom couvade muncul karana bakal ayah dilanda rasa excited dan pada masa yang sama turut bimbang serta nervous terhadap perubahan hidup yang akan dialaminya dalam sedikit masa lagi.

Rasa cemas ini mendorong mereka mencari melakukan sesuatu yang dapat melegakan stres contohnya dengan makan lebih banyak sehingga berat badan bertambah.

Menurut pakar perbidanan, dengan bertambahnya berat badan, jaringan lemak semakin banyak yang akan mengubah testosteron menjadi estrogen. Peningkatan tahap estrogen ini boleh memicu mood swing dan rasa mual.

4. Rasa simpati terhadap isteri

Sementara itu, terdapat gejala yang dikaitkan dengan pengaruh terhadap perubahan yang berlaku pada si isteri.

Contohnya mungkin suami mengalami perasaan simpati terhadap isteri kerana isteri yang mengandung susah tidur malam. Jadi, waktu tidur suami juga berkurang kerana menemani isteri.

Menurut kajian, pasangan suami yang mengalami kesukaran untuk hamil atau menjadi anak angkat lebih cenderung mengalami simptom ini.

Mungkin ada yang terasa kelakar, tapi sebenarnya isteri patut memahami bahawa sememangnya ada suami yang lebih sensitif dan secara emosinya begitu terikat dengan keadaan isteri ketika hamil.

5. Bilakah ia akan berakhir?

Kajian menunjukkan sindrom couvade ini biasanya bermula pada akhir trimester pertama dan boleh menjadi berterusan hingga trimester ketiga.

Banyak langkah yang boleh dilakukan bagi mengurangkan rasa ini contohnya makan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap.

Namun satu-satunya ‘penawar’ yang benar-benar berkesan adalah kelahiran bayi itu sendiri di mana semua simptom akan hilang dengan sendirinya.

Baca juga Masuk Darjah Satu, mak ayah pastikan anak boleh buat 11 perkara ini baru mudah

6. Ia tidak merbahaya

Sehingga kini, masih belum ada kajian lengkap tentang sindrom couvade ini secara terperinci. Berita baiknya, simptom ini jarang merbahaya dan boleh diatasi dengan tip-tip biasa yang dilakukan oleh wanita yang mengalami morning sickness.

Jika ini berlaku pada suami anda, janganlah gelakkan mereka ya sebaliknya cuba beri ruang untuk suami relaks.

Sumber: PijarPsikologi, Verywell Family

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi