Resipi puding tembikai sedap dan mudah, guna roti dan blend je!

Iklan
sinarplus (2)

PUDING antara pencuci mulut yang menjadi kegemaran ramai kerana rasanya yang sedap dan mudah dibuat. Menggunakan bahan asas roti dan agar-agar, puding tembikai ciptaan Shahadah Sharf Syasya berbaloi dicuba.

Tak hanya cantik rupa bentuk, malah ‘elok kejadiannya.’ Kalau tidak tatap betul-betul, mungkin ada yang anggap ia buah tembikai.

Iklan
Iklan

Kombinasi warna benar-benar menarik perhatian. Warganet juga turut tertawan.

Baca juga: Puding buih tak salah, cara penyediaan dan simpan, bahan tamat tempoh punca keracunan

Iklan

Baca juga: Puding Santan Gula Perang pencuci mulut, penyejuk tekak kala berbuka

Iklan

Jika anda tengah mencari idea pencuci mulut atau minum petang, puding ini sesuai. Justeru jangan buang masa, berikut adalah bahan dan cara penyediaannya.

PUDING ROTI TEMBIKAI

BAHAN-BAHAN

10 gram serbuk agar [BELI DI SINI]

3 keping roti putih (dibuang bahagian tepi) [BELI DI SINI]

1 tin susu cair* (saya kehabisan susu cair, gantikan dengan susu Yarra Farm Fresh)

4 sudu besa gula [BELI DI SINI]

4 sudu besar susu pekat* [BELI DI SINI]

1 biji telur gred A*

2 cawan air

1 sudu kecil esen vanila [BELI DI SINI]

Pewarna bright red dan hijau [BELI DI SINI]

Emulco strawberi dan pandan kelapa

CARA PENYEDIAAN

1-Blend bahan *

2-Panaskan dua cawan air di dalam periuk.

3-Masukkan serbuk agar dan gula.

4-Kacau hingga agar-agar dan gula larut.

5-Masukkan pula esen vanila dan masukkan bahan yang dikisar tadi. Sambil dimasukkan, pastikan anda menapisnya.

6-Kacau sekejap dan tutup api.

7-Bahagikan kepada tiga adunan seperti berikut:

-Merah (masukkan pewarna bright red dan sedikit emulco strawberi )

-Hijau (masukkan pewarna hijau dan emulco pandan kelapa)

-Warna asal

8-Sediakan bekas yang sesuai. Basahkan bekas atau lapik plastik untuk memudah puding dikeluarkan.

9-Mula-mula tuang adunan hijau.

10-Kedua, tuangkan pula adunan putih.

11-Akhir sekali adunan merah.

12-Agak-agak adunan sudah sedikit sejuk, taburkan coklat chip/chocolate rice/chocolate flakes dan masukkan ke dalam peti sejuk.

13-Boleh dipotong dulu kemudian baru letak coklat chip/chocolate rice/chocolate flakes.

Baca juga: Mudah je cara masak sambal bilis garing, sedap dan tahan lama

Sumber: Shahadah Sharf Syasya

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi