Kamil Othman Pengerusi Finas baharu

Iklan
DATUK KAMIL OTHMAN - PENGERUSI FINAS BAHARU (2)

DATUK Kamil Othman dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) yang baharu.

Pelantikan itu diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menerusi satu hantaran di laman Facebook miliknya hari ini.

Iklan
Iklan

Menurut Fahmi, Kamil bukanlah nama asing dalam industri perfileman tanah air dan pernah menjawat jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Finas (CEO) pada 2014 hingga 2016.

"Tahniah buat Datuk Kamil Othman atas lantikan sebagai Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) yang baharu. Beliau tidak asing dalam industri dan pernah menjawat tugas CEO Finas.

Iklan

"Minggu hadapan saya atur pertemuan untuk bincang beberapa perkara termasuk hala tuju Finas, serta meneliti dapatan dan teguran laporan Ketua Audit Negara untuk penambahbaikan dan pembetulan.

"Insya-Allah Pengerusi Skim Wajib Tayang Finas akan dilantik secepat mungkin,” katanya.

Iklan

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Prof Dr. Md Nasir Ibrahim turut mengharapkan agar pelantikan itu dalam melancarkan lagi perancangan badan itu untuk memajukan industri perfileman tanah air.

"Setinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada Datuk Kamil Othman di atas pelantikan sebagai Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) yang baharu daripada seluruh warga kerja Finas.

"Semoga dengan pelantikan ini segala usaha bagi memacu kecemerlangan industri perfileman negara dapat diteruskan dengan jayanya,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook.

Kamil menggantikan Senator Datuk Seri Zurainah Musa yang tamat tempoh perkhidmatannya pada Disember lalu.

(FOTO: Facebook Fahmi Fadzil & Prof Dr. Md Nasir Ibrahim)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.