Raya sakan! Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2023, RM700 untuk kakitangan awam, 5 info wanita perlu tahu

Iklan
1

KAKITANGAN awam nadi kepada pentadbiran negara.Pembentangan Bajet 2023 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan berita gembira buat penjawat awam sempena Aidilfitri yang bakal menjelang.

Prihatin dan peka akan keperluan kakitangan awam yang menggerakkan pelaksanaan Malaysia Madani, Perdana Menteri dalam pembentangan Belanjawan 2023 meluluskan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri.

Iklan
Iklan

Baca juga: Berita baik! Sumbangan Tunai Rahmah keluarga pendapatan kurang RM2,500 terima hingga RM2,500, 5 info berkaitan

"Kerajaan silih berganti, pemimpin negara kerap bertukar, tetapi penjawat awam sebagai tulang belakang kerajaan setia menggalas amanah negara.

Iklan

"Ke arah Malaysia Madani, penjawat awam perlu segera bawa perubahan, menerapkan pembaharuan dengan matlamat akhir menyampaikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dan negara,” katanya.

[caption id="attachment_107548" width="800"] Kredit foto: Twitter Anwar Ibrahim[/caption]

Iklan

Baca juga: Berita baik! Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 dikreditkan 17 Januari, 10 info perlu tahu

Berikut lima info wanita perlu tahu:

1-Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM700.

2- Ia layak diterima semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah.

3-Kakitangan termasuk lantikan kontrak juga layak menerima bantuan ini.

4-Selain itu, RM350 juga akan disalurkan kepada pesara

kerajaan.

5-Bayaran tersebut dijangka akan dibuat pada bulan April 2023.

Semoga bantuan ini dapat membantu para penjawat awam Malaysia menyambut Aidilfitri yang dijangka pada 22 April 2023.

Kredit foto utama: Pixabay

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi