BEKAS peserta Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9), Fuad Rahman, 43, dan Tom telah melangsungkan pernikahan di Batam, Indonesia, pada Ahad.
Berita tersebut disahkan oleh pengurus Tom, Alan yang turut memaklumkan pasangan terbabit mempunyai alasan tersendiri memilih untuk disatukan di lokasi terbabit.
Difahamkan ia bagi memudahkan urusan pernikahan dan mengelakkan sebarang kerumitan yang timbul jika dilangsungkan dalam negara.
Pasangan itu dijangka mendaftarkan perkahwinan mereka di Malaysia sejurus selepas pulang ke tanah air. Dalam pada itu, majlis resepsi mereka juga dijangka akan diadakan selepas Aidilfitri nanti.
Terdahulu Tom atau nama sebenarnya Raja Farah Afzal Raja Ikram, 36, berkongsi gambarnya memakai inai di jari dan memegang sebentuk cincin di Instagram Story miliknya.
Pasangan itu sebelum ini pernah menjalinkan hubungan selama beberapa tahun sejak 2005 sebelum berpisah membawa haluan hidup masing-masing dan kembali bertemu di pentas GV9.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.