3.3 Mega Deals memang gempak habis! Rebut tawaran RM3 untuk item terpilih, terhad untuk sehari saja

Iklan
3.3 Mega Deals Shopee

HARI yang ditunggu-tunggu sudah tiba, 3.3 Mega Deals Shopee membawakan kelainan buat kaki shopping dengan diskaun kaw kaw.

3.3 Mega Deals Shopee semakin meriah dengan tawaran jenama terkemuka pada harga jauh lebih murah dan berbaloi.

Iklan
Iklan

Antara barangan yang ditawarkan seperti Bossman Kaden Mini Multi Cooker ChefCook Series BK110 yang dijual hanya pada harga RM55 sahaja.

Nilai asal sebenarnya RM179. Itu belum termasuk lagi baucar kedai dan diskaun tambahan sebanyak RM20 untuk pembelian.

Iklan

Lagi best, desain Mini Multi Cooker memang premium dengan teknologi lapisan seramik bebas PFOA dan antilekat.

Iklan

Mempunyai dua mod pilihan untuk keperluan memasak iaitu memanas, menggoreng dan mereneh dengan kendalian mudah.

Reka bentuk nampak lebih elegan dengan pemegang moden yang diperbuat daripada kayu.

Cukup sempurna untuk masakan berkapasiti 1.5 liter untuk makan dua orang.

SETERIKA STIM RUSSELL TAYLORS ANTILEKAT

Satu lagi item yang menjadi pilihan ramai, seterika stim keluaran Russell Taylors ditawarkan hanya RM59.99 berbanding RM129.99.

Dijamin tulen 100 peratus dengan pelapik antilekat. Kelebihan itu membolehkan pengguna menggosok baju dengan lancar.

Baca juga 3 item top sales sempena minggu gaji, Shopee tawarkan pakej istimewa buat pelanggan baharu

Antara ciri lain yang ditonjolkan seperti berikut:

i) Stim berkuasa tinggi dengan kemampuan menggosok kedutan hanya 15 gram perminit.

ii) Lima tetapan stim untuk pilihan fabrik seperti nilon, sutera, jenis kapas, linen atau bulu kambing biri.

iii) Kapasiti tangki 275 mililiter dengan sistem pengisian semula yang mesra pengguna.

Menariknya, produk yang diberikan dua tahun waranti itu ditawarkan pada harga RM49.99 pada slot khas bermula jam 12 tengah malam hingga 2 pagi nanti.

RM3 GEMPAK MEGA DEALS

Boleh bayangkan tak semua item dijual pada harga RM3 hanya untuk slot RM3 Gempak Mega Deals?

Jangan tak percaya apabila Shopee menawarkan pilihan barangan seperti fon telinga, sarung bantal premium dan ubat gigi kanak-kanak pada harga lebih murah.

Baca juga 2.2 Jualan Jimat Giler Shopee memang berbaloi, rebut tawaran serendah RM1

Bukan itu sajer, penyedut habuk tanpa wayar jenama PerySmith yang berharga RM699 ditawarkan pada harga RM30.

Memang happening jualan 3.3 Gempak Mega Deals kali ini.

Tak cukup dengan itu, slot jualan Super Brand Spotlight dan Super Seller Spotlight akan berlangsung pada masa tertentu.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk membeli-belah pada nilai lebih menguntungkan. Rebut baucar 3.3 Mega Vouchers demi penjimatan berganda!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.