Syoknya! Tawaran shoppertainment, penjimatan hebat sempena jualan hebat ulang tahun ke-11 Lazada
PARA pelanggan di seluruh Malaysia kini boleh berjimat mendapatkan barangan keperluan dan produk idaman sempena Jualan Hebat Ulang Tahun ke-11 Lazada.
Bermula jam 8 malam 2 Mac 2023 hingga 13 Mac 2023, festival membeli-belah 11 hari yang paling epik dengan pelbagai tawaran hebat, diskaun, ganjaran dan penjimatan berganda akan berlangsung.
"Mac adalah bulan yang bermakna dan nostalgik bagi kami, khususnya apabila mengimbas kembali tahun 2012 semasa Lazada mula mengorak langkah sebagai perintis e-dagang di Malaysia.
"Sempena ulang tahun yang ke-11 ini, kami semakin komited untuk membawakan pengalaman membeli-belah dalam talian yang lebih relevan, lancar, di samping keceriaan shoppertainment dan yang paling penting tawaran pada harga yang berpatutan dan pembelian yang berbaloi, lantas membolehkan orang ramai lebih berjimat,” katanya,” kata Alan Chan, Ketua Pegawai Eksekutif, Lazada Malaysia.
Menariknya pada jualan kali ini adalah peluang komersil untuk pelbagai jenama terkemuka di LazMall serta para penjual dan PMKS di Lazada Marketplace untuk memaksimumkan keuntungan dan menggapai jutaan pelanggan di seluruh Malaysia.
Para pelanggan yang membeli produk dari penjual tempatan,luar negara atau jenama antarabangsa pasti akan dapat menggandakan penjimatan dengan baucar, diskaun, ganjaran dan baucar penghantaran percuma seperti Everyday Cashback dan LazCoins.
Baca juga: Trend berkhemah semakin popular, Lazada tawar promosi hebat buat pencinta alam