Kepak ayam manis pedas sesuai untuk majlis kanak-kanak, mak wajib cuba

Iklan
AD6BD4D6-CF0B-4E88-9331-6F4898EA7715

Kepak ayam manis pedas sesuai untuk majlis kanak-kanak, mak wajib cuba

AYAM bakar atau panggang persis sajian restoran mahal nampak mudah dan senang disediakan.

Iklan
Iklan

Musim-musim cuti sekolah begini memang mak-mak makin rajin ke dapur.

Kalau boleh nak sediakan hidangan yang sedap tapi mudah dan cepat. Jadi dapatlah mak-mak luangkan  lebih masa dengan keluarga.

Iklan

Jadi apa kata cuba resipi kepak ayam bakar manis pedas yang sangat simple ini. Cukup mudah tapi nampak sangat menyelerakan!

Bagi anda yang sedang mencari idea menu untuk disajikan pada hari sambutan hari jadi anak, juadah ini sangat sesuai.

Iklan

Nak makan dengan nasi boleh, pasta atau bersama kentang putar pun sesuai. Anak-anak pasti suka!

Paling menarik resipi ini lebih sihat dan lebih senang dibuat daripada digoreng dengan minyak.

Bahan-bahannya;

  • 1 kg kepak ayam dibersihkan

    Madu (honey)

  • REMPAH:

    1 sudu kecil serbuk jintan

  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil serbuk bawang putih
  • 2 sudu kecil serbuk bawang
  • 2 sudu kecil serbuk cili (tambah jika nak lebih pedas)
  • 1 Sudu kecil serbuk kunyit
  • 3 sudu makan tepung jagung
  • 2 sudu besar kicap manis
  • Garam secukup rasa

Cara membuatnya;

1. Satukan semua rempah dan kemudian campurkan dengan kepak ayam dan gaulkan hingga sebati.

2. Perapkan selama 30 minit (kalau semalaman lagi sedap).

3. Susunkan kepak ayam di dulang ketuhar. Dan masukkannya ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih

dahulu.

4. Pertama, pada suhu 150 ° C selama 20 minit. Kemudian terbalikkan kepak ayam, lumurkan perapan dalam

dulang di atas kepak ayam dan bakar lagi selama 10 minit .

5. Akhir sekali, campurkan madu dgn kepak ayam dan bakar pada suhu 200 ° C hingga keperangan dan rangup lebih kurang 10 - 20 minit. Bergantung pada ketuhar masing-masing dan kalau nak ranggup ke atau tidak.

Bila dah cukup ranggup, keluarkan dari oven, dan dah boleh dihidangkan.

Rasa manis dan pedas tu ikut citarasa masing-masing ya.

Selamat mencuba.

Sumber : victoria van bennekum

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.