ISTERI kepada Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri tidak mahu lagi menoleh ke belakang dan tekad untuk membina hidup baharu bersama anak-anak.
Setelah apa yang berlaku dalam rumah tangganya, termasuk insiden ditumbuk suami sehingga menerima 10 jahitan baru-baru ini, Shuhada, 29, tidak mahu lagi membiarkan dirinya terus ditindas.
Menerusi temubual dalam program Melodi pada Ahad, ibu kepada dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umur, 2 tahun itu yakin ada kehidupan yang menantinya dan anak-anak selepas ini.
"Jahitan (di muka) ini sebagai hadiah hari jadi ke-29. Sakit sangat-sangat, lebih sakit daripada sakit beranak. Nasib baik tak kena mata, nanti buta sebelah pula.
"Apa pun mungkin inilah yang sudah tertulis untuk saya. Allah bagi petunjuk dan saya perlu kuat untuk menjalani ujian ini dan tidak boleh menoleh ke belakang lagi. Saya akan move on dan berjalan ke depan bersama anak-anak.
"Berat macam mana pun, saya kena terima. Saya yakin akan bahagia bersama anak-anak selepas ini dan Allah akan bagi yang lagi hebat,” katanya reda dengan apa yang berlaku.
Ditindas
Dalam tembubual sama, Shuhada mengakui tidak berkongsi apa yang berlaku ke atasnya itu kepada anak-anak kerana tidak mahu Hafidz nampak buruk di mata mereka.
"Saya memang tidak memberitahu anak-anak dan tidak mahu memburukkan bapa mereka. Anak-anak perlukan seorang ayah dan saya takkan putuskan hubungan mereka. Biar anak-anak hormat Hafidz sebagai bapa.
"Cuma untuk saya yang selama ini ditindas, cukuplah saya bagi muka dan bersangka baik,” katanya yang mahu apa yang berlaku ke atas dirinya itu menjadi iktibar orang ramai.
Menurut Shuhada lagi, sekiranya Hafidz berkahwin dengan wanita yang dikaitkan sebagai orang ketiga dalam rumah tangga mereka sebelum ini, dia tetap mendoakan agar mereka bahagia bersama.
"Kalau betul Hafidz dan wanita itu berkahwin, berkahwin, saya mengucapkan selamat pengantin baharu.
"Hiduplah bahagia, tenang dan dirahmati Allah. Semoga perkahwinan anda berdua kekal hingga ke jannah,” katanya.
Terdahulu, Hafidz diakatakan melafazkan cerai terhadap isterinya melalui panggilan telefon di hadapan keluarga pada 22 Februari lalu, sebelum Shuhada memfailkan proses pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 28 Februari lalu.
Pada 2 Mac lalu, Hafidz didakwa menumbuk muka Shuhada selepas berlaku pertengkaran di antara mereka. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.