LAZADA Epic 11th Birthday Sale After Party menjadi saat yang ditunggu-tunggu buat mereka yang ketinggalan promosi istimewa sempena 3 Mac lalu.
Tak mengapa kerana kali ini, tawaran lebih meriah dengan jualan koleksi raya dengan baucar potongan harga sebanyak 50 peratus.
Tidak perlu menunggu tempoh penghantaran panjang untuk postage pada bulan puasa nanti, Lazada sajikan item terbaik pada nilai lebih menguntungkan.
Jangan lepaskan slot jualan istimewa untuk pelbagai kategori termasuk koleksi fesyen setiap hari hingga 13 Mac nanti.
Lebih murah dan menjimatkan buat kaki shopping, setiap hari ditawarkan cashback sekali gus memberikan pulangan menarik untuk setiap sen yang dibelanjakan.
Aksesori wanita
Pilihan anak tudung, shawl, stoking, sarung tangan dan telekung mencuri tumpuan para wanita yang sedang mencari koleksi baharu.
Selain ditawarkan harga lebih murah, Lazada juga menawarkan servis penghantaran percuma.
Menariknya, koleksi busana raya iaitu baju kurung moden lengkap dengan sulam ditawarkan pada harga RM62.99 selepas diskaun 48 peratus.
Memang berbaloi kerana harga asal sebenarnya RM120. Boleh jimat hampir separuh harga, kan?
Koleksi buat jejaka
Selain baju Melayu murah, Lazada turut menawarkan koleksi stoking, seluar dan kasut menawan.
Antara barang paling laku keras, kasut dengan reka bentuk retro yang diperbuat daripada kulit lembu menjadi rebutan.
Bermula RM47 sahaja berbanding nilai asal, RM245 memang wajib direbut dan dimasukkan dalam troli online sebelum kehabisan stok.
Payung viral
Musim hujan sejak kebelakangan ini mendorong ramai mahu menyimpan payung mini di dalam beg masing-masing.
Jika kalian sedang mencari koleksi payung praktikal, bolehlah intai koleksi payung viral, C Shape Reverse Folding Umbrella yang dijual pada nilai RM13.91.
Harga lebih murah selepas diskaun sebanyak 65 peratus. Material steel shaft lebih berkualiti dengan desain lebih moden.
Inovasi arah interved atau reverse itu membolehkan sisa air hujan tidak menyebabkan lantai atau tempat duduk basah.
Baca juga Syoknya! Tawaran shoppertainment, penjimatan hebat sempena jualan hebat ulang tahun ke-11 Lazada
Bukan setakat itu jer, banyak lagi item yang ditawarkan Lazada. Boleh rambang mata dibuatnya kerana harga memang murah.
Lagi satu, jangan lupa untuk rebut baucar yang ditawarkan untuk penjimatan berganda. Lagi banyak diskaun, lagi selamat duit kalian.
Jadi, apa tunggu lagi? Tawaran hanya terhad hingga 13 Mac ini jer. Lagi cepat, kumpul dan simpan dalam troli online.
Bukan apa, risau item idaman kalian kehabisan stok. Maklumlah harga jauh lebih rendah berbanding biasa.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.