Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 dijangka April 2023, berikut 6 info wanita perlu tahu

Iklan
1

SUMBANGAN Tunai Rahmah (STR) adalah program bantuan tunai untuk golongan B40 di bawah Kementerian Kewangan.

Terdahulu dikenali sebagai Bantuan Keluarga Malaysia, ia dijenamakan semula dan memberi manfaat kepada 8.7 juta penerima dengan peruntukan hampir RM8 bilion.

Iklan
Iklan

Mungkin ramai yang sedang mengemas kini maklumat dan membuat permohonan, SinarPlus mendapatkan info berkaitan jumlah dan jangkaan waktu pembayarannya.

Iklan

Baca juga: Cara mohon, kemas kini maklumat Sumbangan Tunai Rahmah (STR), 15 info penting wanita perlu tahu

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerusi portalnya berkongsi beberapa info seperti berikut:

Iklan

1-Permohonan STR boleh dibuat dalam tempoh berikut yang tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.

i. Secara dalam talian mulai 01 Mac 2023 - 31 Mac 2023

ii. Secara borang kertas mulai 08 Mac 2023 - 31 Mac 2023

2-Jumlah bayaran

3-Tarikh pembayaran STR akan dilaksanakan seperti berikut:

Fasa 1: Bermula 17 Januari 2023 secara berperingkat

Fasa 2: April 2023

Fasa 3: Julai 2023

Fasa 4: November 2023

Bagaimanapun ia tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.

4-Kaedah pembayaran STR adalah seperti berikut:

i. Dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan secara berperingkat.

ii. Tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:

a) Tiada maklumat akaun bank

b) Status pengkreditan gagal kredit

Baca juga: Berita baik! Sumbangan Tunai Rahmah keluarga pendapatan kurang RM2,500 terima hingga RM2,500, 5 info berkaitan

5-Kadar tambahan RM600 STR layak diterima oleh penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar. Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada:

i. Penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data e-Kasih; dan

ii. Mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan.

6-Kadar tambahan RM600 STR disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan baucar untuk barangan makanan asas bernilai RM100 bagi tempoh enam bulan.

Anda boleh menyemak status permohonan, mendapatkan maklumat terkini dan membuat pertanyaan berkenaan STR mengikut saluran berikut:

i. Portal Rasmi STR LHDNM, https://bantuantunai.hasil.gov.my; atau

ii. Semakan secara Aplikasi Mobile Sumbangan Tunai Rahmah; atau Muat turun di Play Store bagi platform Android dan di Apps Store bagi platform

iOS

iii. Hubungi Hotline BKK LHDNM: 1-800-88-2747

iv. Hotline MOF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang);atau

v. Hubungi Talian Pejabat LHDNM (Rujuk Portal Rasmi STR)

vi. Hadir sendiri ke Pejabat LHDNM / PS / UTC.

Baca juga: Berita baik! Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 dikreditkan 17 Januari, 10 info perlu tahu

Kredit foto utama: Freepik

Sumber: LHDN Malaysia

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi