7 tip agar pokok dalam rumah kekal hidup segar-bugar

Iklan
Untitled design (60)

NAMPAKNYA ada hikmahnya sejak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengekang wabak Covid-19 yang lalu apabila ramai yang mulai cintakan kehijauan.

Barangkali dek terperap di kediaman, ramai yang dahagakan bauan alam semulajadi, menyebabkan tidak kurang yang mula membela pokok-pokok dan tumbuhan dalam rumah.

Iklan
Iklan

Perkembangan yang agak baik ya tak? Akan tetapi, ada juga yang mengeluh pokok 'tak jadi', hidup segan mati tak mau dan tak hidup lama. Alasannya kerana 'jenis tangan panas'.

Hehehe...

Iklan

Jangan cepat putus asa. Apa pun hendak kita lakukan perlulah ada ilmu dahulu.

Perkongsian pengguna Facebook, Eddie Putera ini antaranya yang boleh 'diceduk'.

Iklan

Berikut tip bagi penjagaan pokok dalam rumah yang digarap oleh Eddie yang mempunyai lebih 56k follower di Facebook ini:

1. Cahaya, cahaya dan cahaya

Cahaya jauh lebih penting daripada air bagi pokok. Kalau kita abaikan air, masih boleh diselamatkan pokok. Tapi kalau cahaya tak cukup, Sama macam kita minum air tapi tak makan nasi. Make sure pokok dapat cahaya at least 6 jam satu hari.

Letak tepi tingkap atau sliding door. Yang paling baik, kita tambah artificial lighting untuk bantu photosintesis. Wa kasi letak rail lights kat ceiling and spot pada setiap pokok. (LIhat gambar )

2. Tukar angin

Wa ada 2 batch pokok. Satu batch kat luar, satu kat dalam rumah. Then tukar, gilir-gilir setiap 1 bulan atau 6 minggu. Kadang kadang wa biar jer kat luar seminggu dua.. baru bawa masuk balik. Macam kita juga, pokok perlukan tukar tukar angin bercuti dan makan sedap-sedap.

3. Pastikan ada udara mengalir

Kipas atau angin dari luar. Sebab kalau kita jenis yang suka spray daun dengan air untuk buang habuk, air tak boleh lekat pada daun terlalu lama. Akan jadi penyakit. Dan angin yang mengalir akan menyejukkan pokok. Pokok pun macam kita, kalau panas, dia rimas.

4. Jangan oversiram

Cucuk jari dalam compost. Kalau ada compost melekat kat jari, tak payah siram dulu. Kalau debu jer lekat maknanya air dah kurang. baru siram. Paling afdal, angkat semua masuk toilet, and bukak shower... kasi mandi.. biar air semua keluar kot bawah pasu baru angkat keluar dan anginkan. Wa bikin 7-10 hari satu kali.. TAK PAYAH siram hari hari. Jangan dengar tokey nursery kelentong.

5. Tak payah baja memahal

Cukup sebulan sekali bawak keluar, letak baja taik ayam/kambik 5 6 ketul dalam pot. Biar satu malam, besok bawak masuk.

6. Cukup peralatan

Alat-alat menanam dan trimmimg kena cukup

Tak payah beli memahal. MR. DIY atau kedai RM2 pun ada.

7. Beli bunga plastik

"Kalau rasa macam banyak kerja, dan menyusahkan, beli jer pokok plastik

Jangan jadi orang yang KEJAM dan pembunuh pokok," katanya. Hahaha...

Menarik juga perkongsian Eddie. Moga ramai mendapat manfaat dan bersemangat membela pokok. -AG #JanganPutusAsaMalaysia

Sumber& foto: Eddie Putera