Ford Ranger FX4, trak pertama di lancarkan secara online

Iklan
Ford Ranger FX4 trak pertama di lancarkan secara online

FORD Motor Company bersama Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia baru-baru ini melancarkan Ford Ranger FX4 Baharu melalui siaran Facebook dan YouTube Live.

Ford Ranger FX4 baharu itu merupakan pikap trak pertama di Malaysia yang dilancar serentak melalui demonstrasi produk di Facebook dan YouTube Live.

Iklan
Iklan

Pengarah Urusan Sime Darby Auto ConneXion, Syed Ahmad Muzri Syed Faiz berkata, jentera pickup itu direka untuk pengguna yang mahukan trak dengan kepelbagaian fungsi dan menggalas pelbagai cabaran serta tugasan seperti menarik dan mengangkat beban.

"Ia sememangnya trak yang tiada tandingan untuk mereka yang sentiasa sukakan cabaran dan adalah tambahan kepada sembilan varian kami di Malaysia bagi menguatkan lagi versatility Ranger sebagai kenderaan yang sesuai untuk semua gaya hidup.

Iklan

"Melihat kepada situasi Covid-19 sekarang ini, pelancaran Ford Ranger FX4 secara dalam

talian ini sesuai bagi memastikan pematuhan terhadap penjarakan sosial yang ditetapkan,”

Iklan

katanya dalam satu kenyataan media.

Tambahan Muzri lagi, di era digital ini, ia selaras dengan strategi syarikat menginovasikan kaedah-kaedah dalam membawakan pengalaman baru kepada pelanggan secara maya.

"Kami begitu teruja menjadi jenama trak pikap pertama di negara ini yang melancarkan model baharu melalui dua platform digital,” ujarnya.

Ciri Tersendiri FX4 Yang Mengagumkan

Ford Ranger FX4 memiliki ciri unik dengan reka bentuk gril jejaring baharu berwarna

Ebony Black, ditambah rim hitam berkilat dengan tayar All-Terrain.

Pelekat ‘FX4’ dan emblem yang begitu menonjol di bahagian luar ini menampakkan cirinya yang tersendiri berbanding varian Ranger yang lain.

Identiti FX4 terus jelas dilihat di ruangan kabin dengan logo FX4 dicetak timbul di tempat duduk yang diperbuat dari kulit. Ia memberikan kontras yang sepadan dengan jahitan kemasan berwarna merah di pemilih gear, konsol di tengah, panel instrument, kemasan pintu, brek tangan dan stereng Ranger FX4.

Lapik karpet khusus FX4 antara sentuhan akhir yang mengekalkan ciri ruangan dalaman premium Ranger yang selesa umpama sebuah kereta.

Dibina lasak dan teguh

Ia direka untuk para pelanggan yang mahu menggabungkan kehidupan urban yang selesa

dengan kegunaan lasak di hujung minggu.

Ford Ranger FX4 baharu ini menampilkan enjin turbodiesel Duratorg 2.2L dengan transmisi automatik 6 kelajuan yang terbukti mampu memberikan tenaga sehingga 160 PS dan daya kilas setinggi 385Nm.

Untuk meraikan pelancaran tersebut, 150 pelanggan pertama yang membeli Ford Ranger FX4 baharu ini akan menerima aksesori-aksesori berikut yang bernilai RM5,398.

Ford Ranger FX4 baharu ini dijual pada harga RM126,888 (tanpa insurans) dengan waranti penuh pengeluar selama tiga tahun atau sehingga 100,000km, yang mana-mana dahulu.

Ia datang dengan tiga warna - Meteor Grey, Absolute Black dan Artic White.

Untuk maklumat lanjut tentang Ford Ranger FX4 baharu, sila layari laman web https://www.sdacford.com.my.