Koleksi Soultan lambang kemegahan & kebanggaan warisan Melayu, butang baju berbentuk keris jadi tarikan

Iklan
new baju

SABAN tahun, pelbagai jenama akan menampilkan koleksi pakaian dengan rekaan menarik dan terbaharu untuk orang ramai gayakan sempena Syawal terutama pada pagi raya.

Baru-baru ini SinarPlus berkesempatan menghadiri beberapa undangan fashion show yang menampilkan busana yang cukup menarik hasil sentuhan pereka terkenal.

Iklan
Iklan

Kolaboratif dengan selebriti terkenal nampaknya telah menjadikan setiap helaian yang diketengahkan mendapat perhatian ramai.

Iklan

Jenama pakaian, HijabistaHub antara yang mencuri tumpuan penulis apabila menampilkan koleksi terbaharu mereka iaitu Soultan yang membawakan koleksi Baju Melayu.

Ia merupakan hasil usaha sama dengan pelakon popular tanah air, Aeril Zafrel.

Iklan

Baca ni Jenama POKOKS tampil pakaian untuk kanak-kanak, ibu dan bapa. Kalau nak cari baju raya awal, dah boleh beli dah

SinarPlus yang berkesempatan menemubual Pengarah HijabistaHub, Ahmad Syafiq Hilmi memberitahu, baju Melayu Aeril Zafrel diberi nafas baharu dengan menampilkan elemen kemelayuan.

"Nama Soultan diberi untuk memberikan gambaran dan elemen yang berunsurkan jiwa kemelayuan, keagungan dan 'kekuatan' yang kita sebut sebagai inner strength kepada si pemakai.

"Malah, koleksi Soultan menampilkan ikonik pin berbentuk keris dan butang melayu custom berbentuk tanjak. Itulah kisah tertubuhnya jenama tersebut," jelasnya sambil berkata, hanya satu rekaan untuk baju Melayu, namun mempunyai 18 pilihan warna yang menarik.

POTONGAN CANTIK MATERIAL SELESA

Tambah Syafiq lagi, ramai pelanggan yang menggemari baju Melayu tradisional untuk dipakai pada pagi lebaran nanti.

Selain potongan cantik, rona menarik dan material selesa antara sebab kenapa ia menjadi pilihan kaum Adam.

Sementara itu, demi merealisasikan impian dan cita rasa kaum Hawa, terdapat lebih daripada 30 rekaan disediakan.

"Kami juga mengeluarkan dua konsep elemen yang berbeza dalam rekaan baju kurung pada tahun ini. Sebahagiannya menampilkan konsep klasik dan sebahagiannya lagi diberi sentuhan moden," ungkapnya yang memperoleh ilham hasil pemerhatian dan juga permintaan khalayak.

Baca lagi Melinda Looi pilih anak sendiri untuk berkolaboratif dalam koleksi terbaharu yang berjiwa muda

MODEN KLASIK

Pada masa sama, ujar Syafiq, HijabistaHub turut menampilkan empat koleksi eksklusif daripada Wawa Zainal yang mempunyai keunikan tersendiri.

Menerapkan gaya moden moden klasik dengan sentuhan yang begitu menawan, himpunan berkenaan juga sesuai buat anda yang ingin tampil sedondon bersama isteri tersayang.

Jadi, apa lagi, dapatkan hasil karya terbaharu jenama tempatan yang sentiasa tampil kreatif dengan idea luar biasa.

INFO

Nama: HIJABISTAHUB

Alamat: Setia Alam, FourSeason, Kuala Lumpur & Kota Bharu, Kelantan

Fesyen lebaran: Baju Melayu, baju kurung & baju kebaya

Instagram: @hijabista.hub

Facebook:HIJABISTAHUB

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.