Sauna alternatif serikan wajah, hilangkan stres dan paling best boleh kuruskan badan!

Iklan

BILA sebut sauna, pasti kita terfikir hanya 'orang ada-ada' sahaja yang mampu ke tempat-tempat sebegitu.

Namun hakikatnya tidak. Memang tak nafikan, sekali ke sauna, caj yang dikenakan ada yang mencecah ratusan ringgit.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, rasanya tak salahkan sekali-sekala kita belanja diri sendiri manjakan diri ke sana.

Sebenarnya banyak manfaat yang boleh kita peroleh daripada bersauna. Menurut Harvard Health, sauna merupakan salah satu lokasi efisien untuk kita rileks, santai dan rasa tenang.

Iklan

Sauna juga bukanlah 'benda' baharu. Kalau ikut sejarah, ia telah diwujudkan sejak 3,000 tahun lalu.

Iklan

Di Korea Selatan misalnya, sauna telah menjadi satu industri apabila premis-premis sauna boleh dilihat di mana-mana.

Seperkara, sauna bukan untuk wanita sahaja malah sesuai untuk si jejaka juga. 

Berikut antara manfaat positif jika kita luangkan masa di sauna:

1. Kurangkan risiko jantung terhenti

Mengikut kajian oleh Jama Internal Medicine pada tahun 2015, jika seseorang berada di sauna, ia boleh membantu mengurangkan risiko jantung terhenti secara mendadak.

Satu penyelidikan yang dibuat terhadap lebih 2,000 lelaki dalam lingkungan usia 42 hingga 60 tahun di Finland mendapati, mereka yang bersauna berisiko lebih rendah meninggal dunia akibat penyakit kardiovaskular, lapor Medical News Today.

2. Mengendurkan otot

Jika tiba-tiba kita rasa otot 'mengeras', apa kata pergi ke sauna. Ruang panas di sana akan mendorong tubuh melepaskan endorfin dan hormon yang memiliki efek 'penenang'.

Suhu tubuh juga akan naik dan akan menyebabkan pembuluh darah membesar sekali gus meningkatkan peredaran darah, mempercepatkan proses penyembuhan alami tubuh termasuk luka ringan. Kalau diikutkan mereka yang selepas melakukan aktiviti bersenam, disarakan untuk melakukan sauna. Wap yang panas boleh membantu meningkatkan tahap relaks otot.

3. Membuka pori-pori kulit

Berdasarkan penulisan menerusi laman web Dermstore, sauna umpama 'olahraga' kulit.  Apabila bersauna, ia akan membuka pori-pori dan ia akan membantu membersihkan membersihkan sel-sel kulit mati, bakteria, minyak dan kotoran. Namun kepada mereka yang memiliki kulit sensitif dan pesakit psoriasis, anda tidak digalakan bersauna kerana ia boleh menyebabkan iritasi.

4. Hilangkan stres

Kortisol merupakan hormon yang dilepaskan ketika seseorang berada dalam tekanan. Kadar kortisol yang terlalu tinggi boleh membuatkan masalah sukar untuk tidur terjadi. Dengan bersauna, ia dikatakan dapat mengurangkan kadar kortisol dalam darah sekali gus merangsang penghasilan serotonin iaitu hormon yang membuat kita merasa lebih relaks.

5. Membakar kalori

Apabila kita berpeluh, ia secara tidak langsung akan menyuntik energi. Berdasarkan penyelidikan Han Yang University College of Medicine di Seoul, Korea Selatan, seseorang boleh turun sehingga 500 gram berat badan dalam satu sesi sauna. Wah! bestkan? Menurut laman web Self, sauna boleh membakar 200 hingga 600 kalori dalam satu sesi berdurasi 30 minit.

6. Tingkatkan sistem imun

Suhu sauna yang panas boleh membantu tubuh manusia memproduksi sel darah putih pada kadar lebih cepat. Impaknya, ia berupaya menolong melawan penyakit dan membunuh virus.

Tahukah anda sejak dahulu lagi, sauna merupakan salah satu cara yang digunakan orang-orang lama mengatasi masalah sinus.

 

Sisi negatif

Pun demikian, perlu diingat bahawa ketika bersauna ia boleh menyebabkan seorang cepat dehidrasi. Jadi, apa yang perlu kita buat?

Senang saja, jangan lupa minum air yang banyak sebelum dan selepas bersauna, saran Medical News Today. Ingat.... jangan pula minum minuman bergas. Air putih paling digalakkan.

Ada perkara yang ingin SinarPlus ingatkan, jika tak biasa dengan suasana panas, luangkan masa antara 5 hingga 10 minit sahaja.

Kemudian, perlahan-lahan panjangkan tempoh masa bila sudah serasi dengan suhu yang agak panas itu.