Dua perisa minuman kombucha baharu daripada UNIIQ yang enak lagi menyegarkan. Trylah masa berbuka nanti

Iklan
kombucha

Dua perisa minuman kombucha baharu daripada UNIIQ yang enak lagi menyegarkan. Trylah masa berbuka nanti

Iklan
Iklan

UNIIQ, jenama minuman gaya hidup tempatan membawakan dua perisa baharu kombucha iaitu jambu batu merah jambu dan mulberi.

Pengenalan itu adalah susulan kejayaan empat perisa terdahulu iaitu calamsi, markisa, klasik dan mawar.

Iklan

Label itu juga telah bekerjasama dengan Ketua Program Pemakanan dan Kesejahteraan di Universiti UCSI, Dr Vaidehi Ulaganathan dalam meningkatkan kesedaran dan pendidikan tentang kombucha serta faedahnya.

Iklan

Pengasas UNIIQ, Soon Teoh berkata, dalam setiap botol, terdapat sekitar 4,500 miligram prebiotik, sekali gus menjadikannya bagus dan bermanfaat untuk kesihatan pengguna.

BACA JUGA: Tip mudah untuk terus kenyang sampai berbuka. Poin nombor 4 memang kena elak

"Kini, dengan kehadiran dua perisa baharu, ia akan memberi lebih banyak pilihan kepada orang ramai untuk menikmati kombucha,” katanya.

BACA JUGA: Senang jadi rujukan ibu masak juadah berbuka, Khairul Aming tampil 30 Hari 30 Resipi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.