MEMAHAMI cita rasa pelanggan yang pelbagai, Concorde Kuala Lumpur menggabungkan sajian autentik Melayu dan Thailand.
Memilih tema Bufet Ramadan Gabungan Duo Rasa Ala Kampung dan Thai, lebih 100 menu yang enak lagi mengiurkan disediakan.
Menurut Ketua Cef Masakan Melayu, Cef Mohamad Yusoff Abdul Hamid, sup gearbox yang padat dengan isi daging, perut, hati dan urat keting tidak harus dipandang sepi.
"Insya-ALLAH, sajian ini bakal hit. Apa yang membuatkan kuah sup ini lebih kaw, kita akan mencampurkan serbuk kacang hijau bersama.
"Sup juga direneh untuk tempoh masa tertentu. Jangan risau, pihak hotel akan memastikan stok daging yang dimasak sentiasa segar," katanya.
Cef berpengalaman itu turut mempelawa orang ramai untuk merasai keunikan Kari Kepala Ikan Merah Bendi, Kambing Masak Hitam Manis, Gulai Tunjang Minangkabau dan banyak lagi.
Untuk menu Thai pula, Cef Nopporn Nutto yang diterbangkan khas dari Bangkok menyediakan seleksi menu Siam seperti Thai Noodle Soup, Sotong Goreng Bawang Putih Berlada dan Pad Krapow Kung.
Jadi, apa lagi? Jom buat tempahan awal. Khas untuk kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun diskaun sebanyak 50 peratus akan diberikan.
Gabungan Duo Rasa Ala Kampung & Thai
Alamat: 2, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur
Tarikh: 23 Mac hingga 21 April 2023
Menu signatur: Aneka sup gearbox, kari kepala ikan merah, Thai Glass Noodle Salad Seafood dan Thai Noodle Soup
Harga: RM178 (dewasa) dan diskaun 50 peratus (kanak-kanak 6 hingga 12 tahun)
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.