'Ultraman’ Jiro Dan meninggal dunia

Iklan
JIRO DAN MENINGGAL DUNIA - Ultraman

PELAKON siri The Return of Ultraman yang popular sekitar tahun 1970-an', Jiro Dan, meninggal dunia akibat kanser paru-paru pada Rabu lalu.

Jiro menjayakan watak utama sebagai Hideki Go yang juga Ultraman Jack dalam siri tersebut menghembuskan nafas terakhir pada usia 74 tahun.

Iklan
Iklan

Berita tentang pemergian Jiro atau nama sebenarnya, Hideo Murata, didedahkan oleh Ryu Manatsu, yang terkenal dengan watak Gen Ohtori dalam Ultraman Leo menerusi laman Twitternya pada Jumaat.

Menurut agensinya, Alpha Agency, keadaan kesihatan aktor kelahiran Jepun itu semakin merosot sejak akhir tahun lalu.

Iklan

Selain siri tersebut, Jiro turut membuat penampilan dalam beberapa siri francais Ultraman, termasuk Super Sentai. Siri Kishiryu Sentai Ryusoulger pula merupakan penampilan terakhirnya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Iklan

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.