Kucing Garfield kini kembali, lahir era 70-80an pasti rindu
MUNGKIN ramai yang masih ingat salah satu kartun yang menggunakan kucing oren sebagai watak utamanya. Ya, Garfield.
Kucing comel itu pada asalnya merupakan salah satu watak dalam jalur komik sebuah akhbar Amerika.
Kucing Garfield telah digambarkan mempunyai bentuk badan bulat dengan bulu oren dan hitam yang sering berdiri di atas dua kaki dan ditunjukkan berkomunikasi hanya dengan pemikiran berbanding pertuturan.
Teletahnya dapat menghiburkan sesiapa sahaja yang menontonnya. Sudah pasti kucing oren itu menjadi kerinduan ramai.
Berita gembira buat warga Lembah Klang, anda kini boleh berjumpa kucing yang paling disayangi di dunia dan ikon popular itu di Pavilion Bukit Jalil bermula 25 Mac hingga 25 April ini.
Itu berikutan Pavilion Bukit Jalil dengan kerjasama Nickelodeon Garfield menyajikan Meriah Raya kepada para pengunjung bagi sambutan musim perayaan kali ini.
Bermula 25 Mac sehingga 25 April 2023, para pelanggan diceriakan dengan kehadiran Garfield yang turut menyambut ulang tahun kelahiran ke-45 tahun pada tahun ini.
Para pengunjung akan disambut dengan kemeriahan dekorasi raya serta pelbagai persembahan dan aktiviti hiburan, pembelian raya dan santapan menyelerakan yang tersedia melebihi 400 buah kedai di mana boleh dinikmati bersama rakan dan keluarga serta penebusan cendera mata perayaan edisi terhad dan eksklusif.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.