Nafkah bukan sekadar kewajipan semata-mata, tapi…

Iklan
Ambil bantuan orang susah

"YA ALLAH, stresnya aku kerja ni. Tapi kalau tak kerja, anak bini aku nak makan apa? Tak ada pula nafkah nanti.”

Barangkali itu antara rungutan yang kadangkala kita dengar apabila terlalu penat bekerja.

Iklan
Iklan

Lebih-lebih lagi keluhan ketua keluarga yang sememangnya menggalas tanggungjawab yang besar untuk mencari nafkah buat keluarga masing-masing.

Ya, sebagai manusia biasa, kita memang tidak akan lari daripada tekanan tersebut.

Iklan

Akan tetapi, bagaimanakah caranya untuk menghadapi tekanan jika menghadapi situasi tertekan dengan tanggungjawab nafkah keluarga? Apakah yang perlu dilakukan?

Ketahuilah bahawa mencari rezeki yang halal merupakan kewajipan para suami kepada isteri dan anaknya.

Iklan

Nabi Muhammad SAW bersabda dalam hadis sahih riwayat al-Tirmizi: "Perbaikilah dalam urusan mencari rezeki, carilah yang halal dan tinggalkan yang haram."

[caption id="attachment_3028" width="1024"] MENJADI kewajipan ketua keluarga mencari nafkah untuk isteri dan anak-anaknya. Mudah-mudahan kepenatan kerja itu boleh menjadi sebab untuk mereka dicintai oleh ALLAH SWT. -Gambar hiasan[/caption]

Sudah menjadi tanggungjawab dan kewajipan  setiap ketua keluarga supaya menyediakan nafkah untuk isteri dan anak-anaknya.

Ia bukanlah kewajipan semata-mata, akan tetapi mendapat kecintaan daripada ALLAH SWT.

Hal itu sepertimana sabda baginda dalam hadis yang hasan riwayat Abu Ya’la: "Sesungguhnya ALLAH SWT mencintai seseorang apabila melakukan suatu pekerjaan, dia melakukannya dengan bersungguh-sungguh."

Dalam hadis sahih yang lain juga, baginda SAW menjelaskan bahawa setiap rezeki yang kita berikan kepada isteri, maka ia berupa sedekah.

Maka, niatkanlah kita bekerja kerana ALLAH SWT. Moga-moga kepenatan dan kesusahan kerja boleh menjadi asbab untuk kita dicintai ALLAH SWT di samping mendapat pahala sedekah untuk dituai di akhirat nanti.

***Sumber: Pendakwah dan penulis, Ustaz Mustafar Mohd Suki