Microsleep gejala tiba-tiba terlena masa memandu tiada amaran, sebaiknya ikuti panduan berikut

Iklan

BERMULA semalam, orang ramai sudah dibenarkan untuk merentas negeri semasa fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Ramai yang sudah mula merancang perjalanan untuk pulang ke kampung halaman dek tak dapat menyambut 1 Syawal lalu bersama keluarga tersayang.

Iklan
Iklan

Namun begitu, buat mereka yang akan menempuhi perjalanan panjang sebelum tiba ke destinasi, pastikan jadual perjalanan dirancang dengan sehabis baik.

Selain memastikan kondisi kenderaan yang digunakan dalam keadaan 'sihat', aspek keselamatan lain perlu diberi perhatian.

Iklan

Korang biasa dengar punca kemalangan disebabkan pemandunya yang tak sedar tertidur kerana rasa terlalu mengantuk?

Itu mungkin disebabkan faktor simptom tertidur seketika kerana microsleep!

Iklan

Microsleep terjadi tanpa amaran. Apabila badan letih, otak akan ‘tertidur’ selama beberapa saat.

Ajaibnya, seseorang boleh terlena walaupun mata terbuka dan tangan memegang stereng hanya mengambil masa dalam tempoh 1 ke 30 saat.

Lebih membimbangkan, akibat terkejut selepas terjaga dari microsleep, seseorang yang mengantuk itu akan tersentak dan mempunyai risiko kekejangan.

Oleh itu, pesanan penting bagi mengelak microsleep, berhenti segera jika korang mempuyai gejala seperti berikut:

1. Kelopak mata kuyu

2. Tersengguk-sengguk

3. Menguap berulang kali

4. Mata terkebil-kebil

5. Tersasar daripada lorong

6. Tatapan kosong

7. Mengelamun

Oleh itu, jika dah mula tersengguk-sengguk dan menguap berulangkali, tiada gunanya rasa nak bawa kereta 'laju-laju' konon nak elak mengantuk.

Meningkatkan kelajuan kenderaan tidak akan menyebabkan korang lebih peka!

Dalam masa yang sama, memasang radio juga tidak dapat membantu ketika otak sudah tidak dapat proses segala maklumat dan deria mula tidak responsif.

Untuk mencegah tragedi ngeri itu, berikut beberapa saranan yang diberikan oleh Public Health Malaysia:

1. Berhenti di tempat selamat

2. Lakukan power nap sekurang kurangnya 5 ke 20 minit

3. Berehat setiap 2 jam perjalanan

4. Tukar pemandu dan tolong percayakan isteri untuk menganti tempat pemandu

Jadi, pastikan korang peka dengan gejala microsleep yang boleh mengundang bahaya seperti kemalangan.

Berhati-hatilah di jalan raya dan selamat pulang ke kampung halaman.

#JanganPutusAsaMalaysia