Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.
Dalam keadaan ekonomi semasa yang mencabar dan Syawal yang bakal menjelang tidak lama lagi, ada berita baik kepada anda yang layak menerima STR.
Pembayaran untuk Fasa 2 bakal disalurkan bolehlah meringankan beban perbelanjaan dan keperluan keluarga.
[caption id="attachment_104157" width="800"] Kredit foto: Freepik[/caption]
Berikut enam info berkaitan pembayaran STR Fasa 2 wanita perlu tahu:
1-Menerusi ciapan di Twitter, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan pembayaran STR Fasa 2 akan disalurkan mulai 5 April 2023.
2-Amaun bayaran ialah sehingga RM200 bagi setiap penerima isi rumah.
3-Manakala bagi penerima kategori warga emas sebatang kara, bujang dan bujang OKU, bayaran yang bakal diterima ialah RM100.
4-Sejumlah RM1.26 bilion diperuntukkan untuk STR Fasa 2.
5-Berdasarkan pembayaran STR Fasa 1, kaedah pembayaran dilakukan berdasarkan cara terakhir BKM2022 dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan secara berperingkat manakala pembayaran secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional. Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya pembayaran terakhir Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 adalah secara tunai, status pengkreditan gagal kredit dan tiada maklumat akaun bank.
6-Bayaran bagi STR 2023 Fasa 1 dan 2 menggunakan maklumat penerima BKM 2022 manakala pembayaran Fasa 3 dan 4 akan menggunakan maklumat penerima STR 2023.
[caption id="attachment_108772" width="800"] Kredit foto: Freepik[/caption]
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi laman sosial Twitter memaklumkan terdapat pertambahan permohonan baru untuk STR.
Setakat 28 Mac terdapat tambahan sebanyak 574,886 permohonan baharu yang diterima bagi inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Setakat ini SinarPlus mendapati info berkenaan pembayaran STR Fasa 2 ini masih belum dikongsikan oleh LHDN.
[AKAN DIKEMASKINI]
Sumber: BERNAMA, bantuantunai.hasil.gov.my, 1
Kredit foto utama: Freepik
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi