5 makan & minum anak asma kena pantang waktu Ramadan
ASMA atau lelah dengan erti kata mudah adalah merujuk kepada penyakit paru-paru kronik yang mengalami keradangan dan menyebabkan penyempitan saluran pernafasan.
Asma juga tidak mengenal usia. Kanak-kanak seawal usia pun mudah terkena penyakit berbahaya tersebut.
Banyak pantang larang yang perlu dijaga jika mempunyai anak-anak yang mempunyai asma salah satu yang utamanya makanan dan minuman.
Menurut Dr Mazliana Mazlan, jaga lima jenis makan dan minum dari anak-anak asma atau anak yang kerap batuk.
"5 makan minum tinggi radang ini, buatkan anak mudah dapat serangan asma terutama bila raya nanti.
"Kita berkumpul sanak saudara, ziarah raya rumah keluarga, kadang kita tak terkawal dengan makan minum anak kan. Waktu raya apatah lagi.
Baca juga Bila demam kanak-kanak dianggap kecemasan? 10 info ibu ayah perlu buat elak panik
[caption id="attachment_106181" width="800"] Kredit foto: Freepik[/caption]
"Kuih raya, kerepek raya, jajan, air manis berperisa. Jadi, dari sekarang Ramadan kita dah kena start latih usus anak, baiki usus anak," ujarnya.
Mohonnya kepada ibu bapa supaya jaga usus anak, bagi makan minum yang baik-baik waktu Ramadan sebelum raya, insya-ALLAH radang di tubuh anak masih dalam kawalan.
Elakkan lima jenis makan minum ni;
1. Air manis, air berwarna, air berperisa
Semua ni anak asma kena pantang waktu berbuka.
Cari ari kelapa tanpa gula, air boabab campur madu dan jus buah. Yang ni pilihan yang okey.
2. Roti dari gandum
Antara makanan yang kerap buat anak batuk, tapi kita tak sedar.
Elakkan makanan sampingan dari roti, gantikan dengan buah, lebih baik kan.
3. Kuih muih dari tepung gandum, tinggi pewarna dan perisa tiruan
Ganti dengan kuih tanpa gandum, dan tanpa pewarna dan perisa tiruan.
Baca juga Pesakit asma: Jangan berani untuk cuba berpuasa kalau tak mampu. Elak juga makan ‘makanan sejuk’
4. Makanan fast food
Burger, sosej, nugget, fries, ada kandungan MSG dan pengawet yang boleh trigger anak asma.
Ganti dengan yang buat sendiri. Atau cari pilihan lebih baik, contoh Khayr dan Delima Emas.
5. Air coklat instant 3 in 1 tinggi gula untuk tenaga
Elakkan bagi pada anak waktu sahur. Ganti dengan air nabeez. Atau air coklat homemade yang kita buat sendiri kat rumah.
Semoga bermanfaat.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.